15,000 di luar bandar terima lesen memandu melalui SKSJ

KANGAR — Kira-kira 15,000 masyarakat luar bandar yang berpendapatan rendah berumur 45 tahun ke atas di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak berjaya mendapatkan lesen memandu kelas B2 melalui program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) sepanjang tahun lepas. Timbalan Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, Datuk Ismail Ahmad berkata, selain daripada masyarakat luar bandar, program [...]

5,000 lesen motosikal dikeluarkan di Terengganu melalui 1Komuniti 1JPJ ( SKSJ).

KEMAMAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengeluarkan lesen B2 kepada kira-kira 5,000 penunggang motosikal di negeri itu menerusi 10 program di bawah 1Komuniti 1JPJ, yang diperkenalkan sejak 2009. Pengarah JPJ negeri, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, program tersebut akan diteruskan dan kira-kira 500 lesen B2 akan dikeluarkan kepada penunggang motosikal di daerah ini pada [...]

Penduduk Bukit Permai pula terima lesen memandu B2 melalui SKSJ

DAPAT LESEN. Seramai 205 penduduk Dewan Undangan Negeri Bukit Permai yang berusia 45 tahun ke atas berjaya memperoleh lesen P Kelas B2 sempena Program Satu Komuniti Satu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Kampung Rahmat, Kulaijaya baru-baru ini. Program yang dimulakan sejak tahun 2009 itu bertujuan menjalinkan hubungan mesra antara JPJ dan masyarakat luar bandar. Pengarah [...]

JPJ sediakan 35 program SKSJ di seluruh negara tahun ini.

BESUT: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan 35 program ‘Satu Komuniti Satu JPJ’ (SKSJ) di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak tahun ini bagi memberi kemudahan kepada masyarakat setempat terutamanya penduduk luar bandar. Timbalan Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad berkata antara lain pengisian program itu ialah untuk memberi perkhidmatan kepada orang ramai mengambil lesen memandu [...]

Lebih 3 kali gagal ujian komputer, OKU mohon ujian undang-undang diringankan.

BALING – Seorang penduduk kurang upaya (OKU) di Kampung Charuk Sikin, Kupang Panjang di sini berharap permohonan lesen memandu tanpa mengikuti kelas komputer dapat dipertimbangkan pihak berwajib. Ahmad Abdul Rahim, 70, ataupun lebih dikenali sebagai Pak Long Pendek berkata, berikutan fizikalnya yang kerdil, dia sering gagal ujian komputer mengakibatkannya gagal untuk memperoleh lesen memandu. Bapa [...]

JPJ akan buka cawangan di Cameron Highlands

GUA MUSANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka pejabat cawangannya di Cameron Highlands untuk kemudahan orang ramai membuat urusan berkaitan lesen memandu dan membaharui cukai jalan. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan, berkata bangunan cawangan baru itu sudah dikenal pasti dan kerja membaik pulih akan dilakukan dalam masa terdekat. “Kami terima banyak pertanyaan daripada [...]

Apa kata pengguna: Kisah benar seorang penunggang motosikal tanpa lesen.

SAYA adalah warganegara Malaysia berstatus bumiputera berumur 33 tahun yang masih belum memiliki lesen memandu hingga saat ini. Tujuan utama saya menulis dan meluahkan perasaan saya dalam Forum Utusan Malaysia ini adalah semata-mata untuk memohon pertolongan dan seterusnya membuka mata hati dan perasaan pihak jabatan kerajaan terutama Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM Cawangan Trafik), [...]

20 tahun menunggang motosikal tanpa lesen, akhirnya warga emas dapat lesen melalui SKSJ

TASEK GELUGOR 25 Feb. – Setelah lebih 20 tahun menunggang motosikal tanpa lesen, seorang warga emas akhirnya berjaya memiliki lesen selepas lulus ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui program Satu Komuniti Satu JPJ di Sekolah Kebangsaan (SK) Pokok Sena di sini hari ini. Desa Ariffin, 74, dari Sungai Lokan, Sungai Dua di sini berkata, lesen [...]

Sistem ujian pandu auto diterima baik PIMA

KUALA LUMPUR 12 Jan. – Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA) menyambut baik langkah kerajaan memperkenalkan lesen memandu kelas automatik bermula Jun ini. Presidennya, Mat Ari Bakar berkata, orang ramai tidak perlu bimbang dengan penambahbaikan yang dibuat kerajaan kerana mereka masih boleh memilih untuk diuji dengan kereta transmisi manual atau automatik. “PIMA melihat langkah kerajaan ini [...]

Ujian memandu kereta auto mulai Mei 2012.

IPOH 10 Jan. – Mereka yang memegang lesen memandu selepas diuji dengan kenderaan transmisi automatik hanya dibenarkan memandu kenderaan jenis itu sahaja mulai Mei ini, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha. Beliau berkata, melalui pelaksanaan sistem baru itu, pemandu yang lulus selepas diuji menggunakan kenderaan manual dibenarkan memandu kedua-dua jenis kenderaan, transmisi automatik [...]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.