PANDUAN PERMOHONAN E-RAYUAN

 

 

Permohonan rayuan bagi Lesen Memandu Percubaan (PDL) & Lesen Memandu Kompeten (CDL)

Pemohon boleh membuat rayuan sekiranya Lesen Memandu Percubaan (PDL)tamat tempoh dan gagal diperbaharui melebihi tempoh 1 tahun dan Lesen Memandu Kompeten (CDL) tamat tempoh melebihi 3 tahun.
Sekiranya permohonan rayuan berjaya, pemohon akan dikecualikan daripada:

 

 a) Kaedah 5(3)e mengenai Sijil Kehadiran Kursus KPP (JPJ2A)

b) Kaedah 5(3)(a)(b)(d) mengenai Ujian Bahagian 1 (Undang-undang Jalan Raya)

c) Kaedah 5(3)(e) mengenai Sijil Kehadiran Latihan Amali asas (Pra-L) 6 jam  (JPJL2B) 

d) Modul Amali (8Jam) dan (QTI (2jam) di bawah arahan Jabatan Bil 7 Tahun 1998 . 

Akan tetapi pemohon perlu menjalani Ujian Bahagian II dan III iaitu ujian praktikal.

 

 

Permohonan rayuan bagi Lesen Memandu Vokasional (PSV/GDL)

 

 Pemohon boleh membuat rayuan sekiranya Lesen Memandu Vokasional (PSV&GDL) tamat tempoh melebihi tempoh 3 tahun dari tarikh tamat tempoh lesen.

Sekiranya permohonan rayuan pemohon berjaya, pemohon dikehendaki hadir Kursus Teori (JPJ2C) sahaja dan mengemukakan sijil JPJL2C tersebut semasa urusan pembaharuan dibuat.

***************************************************************************

Jadi……

Kalau nak buat rayuan….

Sila rujuk di sini:

http://portal.jpj.gov.my/v5/index.php/erayuan-lesen-memandu-tamat-tempoh

92 Respons

  1. KAMPUNG MASJID LAMA MUKIM TELOK KECHAI 06600 KUALA KEDAH.SAYA INGIN MEMBUAT RAYUAN TERHADAP LESEN B2 SAYA YANG TERLEWAT RINIEW UNTUK MENDAPATKAN LESEN P COMFORM.LESEN B2 SAYA TAMAT TIDAK SAMPAI TIGA TAHUN

  2. Lesen yang tidak diperbaharui lebih dari 1 tahun 1 hari dikira batal sepenuhnya. Anda harus membuat permohonan lesen memandu semula dan mengikuti kursus, ujian teori dan praktikal. Untuk makluman, proses mendapatkan lesen memandu terkini juga telah banyak berubah berbanding 8 tahun dulu. Sila hubungi kami jika berminat untuk mendaftar bagi lesen motor pada harga berpatutan.

  3. Assalam.. Sy mempunyai lesen b2 full lesen. Sy nak renew kembali lesen tersebut yg telah tamat tempoh selama hampir 8 thn. Boleh lah sy renew lesen tersebut tanpa apa2 masalah?

  4. Salam…saya nak tanya kalau ada saman dari polis atau polis trafik boleh ke ambil lesen memandu..?

  5. salm..lesen p sya hilang 2thun lalu n da tamat tmpoh atas sebab msalah kshatan sya encik…hrap dpt dprtimbangkn

  6. Harap dapat salurkan rayuan encik ke http://jpj.gov.my/rayuan-lesen-memandu-tamat-tempoh.

  7. Sebab perkejar dekat luar negara

  8. Saya tersalah letak e-mail

Tinggalkan komen