2015 telah berlalu. Terima kasih atas sokongan anda.

The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2015 annual report for this blog.

Here’s an excerpt:

The concert hall at the Sydney Opera House holds 2,700 people. This blog was viewed about 32,000 times in 2015. If it were a concert at Sydney Opera House, it would take about 12 sold-out performances for that many people to see it.

Click here to see the complete report.

Kereta Axia untuk kegunaan calon-calon belajar memandu.

SDC car 2015 7 SDC car 2015 10 SDC car 2015 11

Kes memandu tanpa lesen catat penurunan.

PENDANG – Statistik kes memandu tanpa lesen menunjukkan penurunan pada tahun lalu iaitu 224,173 kes berbanding 321,671 kes pada tahun 2013, kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Yusoff Ayob.

Beliau berkata perkara itu didorong oleh kesedaran orang ramai tentang pentingnya mempunyai lesen memandu selain operasi berterusan dijalankan JPJ.

Memandu tanpa lesen ni, ada apa-apa kemalangan mereka payah nak tuntut, menyukarkan lagi urusan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) daerah Pendang di sini hari ini.

Beliau pada masa sama turut menasihati pengguna jalan raya agar lebih berhemah dan mengamalkan sikap bertolak ansur di jalan raya bagi mengurangkan jumlah kemalangan.

“Kita kena ingat jalan raya ini bukan kita yang punya, dah nama jalan raya mestilah untuk orang ramai,” katanya.

Yusoff berkata jumlah kes kemalangan pada tahun 2013 mencatatkan peningkatan 3.2 peratus, iaitu sebanyak 477,204 kes, berbanding 462,423 kes pada tahun sebelumnya.

“Jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya pula pada tahun 2013 ialah 6,915 orang berbanding 6,917 pada 2012,” katanya.

Program SKSJ bertujuan membantu masyarakat luar bandar khususnya warga emas berumur 45 tahun ke atas dan masyarakat Orang Asli berumur 21 tahun ke atas dalam urusan mendapatkan Lesen Memandu Percubaan motosikal.

Sejumlah 302 peserta terdiri daripada 110 orang lelaki dan 192 perempuan terlibat dalam program hari ini. – Bernama, 9 Mei 2015.

Gabungan ujian lesen memandu kereta, motosikal MASIH dalam kajian JPJ.

TAIPING 12 April – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih dalam peringkat kajian untuk menggabungkan ujian undang-undang berkomputer bagi lesen memandu kereta dan motosikal.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ (Perancangan dan Operasi), Datuk Yusoff Ayob berkata, keputusan berhubung perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Dari segi kokurikulum, tidak ada perubahan. Perubahan cuma daripada aspek kombinasi dan kita sedang mengkaji untuk membolehkan dua ujian ini disekalikan.

“Soal ujian akan menjadi lebih mudah atau sebaliknya bukan fokus utama kerana peraturan jalan raya masih lagi meliputi perkara yang sama. Perlaksanaan ini agar orang ramai tidak hanya tertumpu kepada sesebuah kenderaan sahaja,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Penutupan Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Parlimen Taiping di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamunting, di sini hari ini.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi pada sidang Dewan Rakyat memberitahu, ujian undang-undang berkomputer lesen memandu kereta dan motosikal akan disekalikan menjelang bulan hadapan.

Menurutnya, inisiatif tersebut bertujuan memberi kemudahan sekali gus mengurangkan beban dan kos orang ramai.

Sementara itu, mengulas mengenai program tersebut, beliau berkata, sebanyak 78,230 orang telah memperoleh lesen memandu kelas B2 sejak program itu diperkenalkan pada tahun 2009.

Katanya, di negeri ini sendiri, sebanyak 9,109 orang telah memperoleh manfaat daripada program sama.

“Pada hari ini, sebanyak 461 orang berjaya mendapatkan lesen memandu B2 dalam program yang diadakan di SMK Kamunting bermula 7 Februari hingga 5 April lalu.

“Melalui program ini, peserta dikenakan bayaran minimum untuk memperoleh lesen memandu percubaan motosikal iaitu lebih murah berbanding dengan harga yang ditawarkan institusi memandu lain,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia, 13 April 2015.

JPJ tidak terlibat anjur pemberian lesen memandu.

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menafikan penglibatannya bersama-sama sebuah badan bukan kerajaan dalam pemberian lesen memandu motosikal dan kereta kepada masyarakat bandar dan luar bandar seperti didakwa sesetengah pihak.

JPJ dalam satu kenyataan menegaskan proses bagi memperoleh lesen memandu yang sah di sisi undang-undang perlu dilakukan melalui prosedur seperti mana yang ditetapkan oleh pihak JPJ.

Sehubungan dengan itu, kenyataan tersebut memberitahu sekiranya terdapat mana-mana pihak yang ingin menaja dengan cara membantu pembayaran yuran bagi memperoleh lesen memandu, pihak JPJ tidak akan bertanggungjawab dalam penganjuran tersebut.

– Bernama, 10 April 2015.

Sumber: Kosmo Online.

Ujian tunggal untuk miliki lesen memandu mulai Mei 2015.

KUALA LUMPUR 2 April – Kerajaan akan melaksanakan ujian tunggal bagi individu yang ingin memiliki lesen memandu kereta dan menunggang motosikal bermula bulan depan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi.

Beliau berkata, ini berikutan aduan serta kritikan yang diterima daripada orang ramai mengenai kekangan masa dan kos bagi menduduki dua ujian berasingan bagi mendapatkan lesen berkenaan.

“Untuk makluman, kerajaan telah mengambil kira segala pandangan orang ramai dan kita jangka akan laksana ujian tunggal mulai bulan depan.

Kedua-dua ujian itu akan disatukan untuk kemudahan orang ramai selain mengurangkan kos bagi tujuan mendapatkan lesen berkenaan,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Hasbullah ingin tahu mengenai langkah yang bakal diambil kerajaan bagi memudahkan rakyat memohon lesen memandu kereta dan motosikal di negara ini.

Bagaimanapun katanya, sukatan pelajaran kedua-dua ujian berkenaan adalah berbeza.

Katanya, hasil kaji selidik yang dijalankan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menunjukkan peratusan kemalangan melibatkan motosikal adalah tinggi iaitu 60 peratus manakala 20 peratus kemalangan melibatkan kereta.

Menjawab soalan asal Shaharuddin Ismail (BN-Kangar) mengenai peratusan individu yang menduduki ujian berkomputer bagi mendapatkan lesen memandu, Aziz berkata:

57% calon lulus ujian undang-undang berkomputer bagi kali pertama,

38 % bagi kali kedua,

31 % bagi kali ketiga manakala

18 % calon mengambil ujian melebihi tiga kali.

Ujian undang-undang berkomputer adalah bertujuan menilai dan menguji tahap kompetensi bakal pemandu dalam aspek pengetahuan berkaitan peraturan lalu lintas dan konsep pemanduan berhemah,” katanya.

Sebagai kerajaan bertanggungjawab, Aziz berkata rakyat yang kurang mahir dalam penggunaan komputer termasuk penduduk luar bandar dan warga emas akan sentiasa dibantu melalui sistem ujian bertulis atau lisan yang memberi tempoh lebih panjang kepada calon untuk sesi menjawab soalan. – BERNAMA, 2 April 2015.

Ibu bapa tidak peduli amaran polis.

KANGAR 5 April – Amaran polis untuk mengambil tindakan tegas termasuk menggunakan Akta Kanak-Kanak 2001 ke atas ibu bapa yang cuai membiarkan anak mereka menunggang motosikal tanpa lesen atau tidak mengikut undang-undang ternyata tidak dihiraukan sebilangan masyarakat di sini.

Perkara tersebut terbukti apabila tinjauan akhbar Utusan Malaysia di Jalan Abi Batas Paip di sini dan sekitar­nya kira-kira pukul 5 petang, mendapati ramai remaja dipercayai bawah umur menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.

Dipercayai golongan itu yang berusia bawah 15 tahun turut tidak mempunyai lesen memandu.

Bukan sahaja menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar, sebilangan remaja terbabit juga membawa rakan-rakan membonceng sama selain ada yang menunggang secara berbahaya dengan mengangkat tayar hadapan.

Situasi tersebut sudah tentu membahayakan nyawa mereka sendiri selain pengguna jalan raya lain.

Dalam laporan akhbar semalam, polis akan mengambil tindakan tegas ke atas ibu bapa atau penjaga yang didapati cuai membiarkan anak mereka menunggang motosikal tanpa lesen.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, langkah itu dibuat ekoran jumlah insiden kemalangan maut melibatkan pelajar berusia 16 tahun ke bawah, dari awal tahun sehingga Mac lalu, adalah membimbangkan iaitu sebanyak 309 kes.

 “Sepanjang tahun lalu, jumlah kematian pelajar adalah 290 kes,” ujar beliau.
Sumber: Utusan Malaysia, 6 April 2015.