Dari Akhbar: Sistem e-Kesihatan akan dikaji semula

KUALA LUMPUR 29 Mac – Kementerian Pengangkutan akan mengkaji semula pelaksanaan sistem e-Kesihatan bagi pemandu kenderaan komersial yang ditangguhkan sejak Oktober lalu.Menterinya, Datuk Ong Tee Keat berkata, sebelum sistem itu dilaksanakan, pihak kementerian perlu melakukan pelbagai kajian secara terperinci berhubung perkara tersebut.

Tambah beliau, kementerian peka terhadap aduan dan maklum balas orang ramai terhadap sistem e-Kesihatan sebelum ini.

“Pelbagai perkara perlu dihalusi sebelum sesuatu sistem itu dilaksanakan kerana ia membabitkan pelbagai pihak,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan terkini sistem e-Kesihatan yang ditangguhkan kerajaan pada Oktober tahun lalu.

e-Kesihatan adalah pemeriksaan menyeluruh merangkumi ujian darah dan air kencing di 611 klinik panel yang ditetapkan sebelum keputusannya dihantar ke JPJ secara elektronik bagi mengelak pemalsuan.

Pemeriksaan itu wajib dilakukan semua pemandu yang ingin memperbaharui atau memohon lesen memandu kenderaan awam (PSV) serta lesen memandu barangan (GDL).

Bagaimanapun, pelaksanaan sistem itu menimbulkan kontroversi bahawa syarikat yang menerima kontrak bagi mengendalikan sistem itu, akan meraih keuntungan `atas angin’ hampir RM400 juta dalam tempoh 15 tahun.

Dari Akhbar: Tukar lampu Xenon pada kenderaan anda sebelum Ogos 2008.

Tukar lampu xenon – JPJ

KUALA LUMPUR 28 Mac – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi tempoh tiga bulan sehingga akhir Julai ini kepada pemilik kereta yang memiliki lampu bercahaya terang atau xenon dan cermin gelap keterlaluan untuk membetulkannya mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Pengarah Penguat Kuasa JPJ, Salim Parlan berkata, dalam tempoh itu pihaknya hanya akan mengeluarkan Notis Larangan Penggunaan (PG1) terhadap kenderaan yang menyalahi peraturan tersebut dan tiada kompaun dikeluarkan.

Bagaimanapun, pemilik kenderaan terlibat perlu melakukan ubah suai mengikut spesifikasi ditetapkan bagi membolehkan penarikan balik notis PG1 itu.

‘‘Semua pihak diminta mengambil peluang itu dan tiada alasan lagi selepas tempoh itu tamat,’’ katanya pada sidang akhbar selepas meninjau operasi keselamatan jalan raya di Tol Sungai Besi di sini malam ini.

Hadir sama, Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan, Nadzri Siron.

Salim memberitahu, JPJ akan melancarkan operasi di seluruh negara bagi menangani isu penggunaan lampu xenon dan cermin gelap itu yang makin berleluasa berikutan banyak aduan diterima daripada pengguna jalan raya lain.

Sebanyak 323 kes pengubahsuaian lampu xenon dikesan sepanjang 2006 dan meningkat kepada 689 kes pada tahun berikutnya.

“Bagi kes kesalahan cermin gelap pula, pada 2006 sebanyak 1,387 kes dilaporkan dan menunjukkan peningkatan sehingga 1,558 kes pada tahun lalu,” katanya.

Salim turut menggalakkan orang ramai supaya melaporkan kepada JPJ sekiranya terdapat kenderaan yang menggunakan lampu xenon dan cermin gelap di nombor 03-88866412.

“Orang ramai hanya perlu melaporkan nombor pendaftaran sesebuah kenderaan tersebut dan JPJ boleh bertindak menyiasat dan memanggil pemilik kenderaan itu untuk menjalankan pemeriksaan di JPJ,” jelasnya.

Syllabus Kursus Amali (Maintenaice Course) Kelas B2/B

1:Etika Dan Disiplin Menunggang Motosikal

A1.Pengenalan Asas Kepada Komponen- Komponen Utama Motosikal
-Peralatan Elektronik Dan Mekanikal
-Pacuan Motosikal Powertrain
-Panel Meter (Motosikal Kriss Modenas)
-Sistem Brek Motosi\kal
-Sistem Brek (Hadapan dan Belakang)
-Tayar
-Gear
-Pendikit (Throttle)
-Lampu Penunjuk (Pilot Lamps)
-Sistem Bahanapi dan Ekzos

A2.Pakaian Dan Peralatan Yang Selamat
Etika berpakaian Semasa menunggang motosikal
Topi Keledar

A3.Kaedah Lalulintas Asas Dan Keselamatan Bagi Penunggang Motosikal
-Membrek Motosikal
-“Hidroplanning”
-Menukar Haluan
-Cara Mendaki/Menuruni Bukit
-Bawa Pembonceng
-Cara Mengekori Kenderaan
-Membelok
-Papantanda Yang Terdapat di Litar Adilkap
-Berhadapan Dengan Simpang
-Jalan susur
-Memberi Isyarat
-Peraturan Di Bulatan

2:Latihan Amali Melalui Pertunjukan

B1.Cara-Cara Melakukan Pemeriksaan Ke Atas Motosik
-Pemeriksaan sebelum menunggang (1)
-Pemeriksaan sebelum menunggang (2)
-Pemeriksaan sebelum menunggang (3)
-Isyarat Tangan

B2.Demonstrasi Mengenai Asas Menunggang Oleh Pengajar
-Menukar Gear
-Membrek
-Bagaimana Menegakkan Motosikal yang terjatuh
-Bergerak Dengan Selamat
-Kedudukan Anggota Badan Semasa Menunggang
-Selekoh
-Menongkat Motosikal

B3.Demonstrasi Menunggang Motosikal Di Dalam Litar Adilkap Oleh Pengajar
-Pusingan Angka 8(Figure Eight)
-Meniti Atas Batas/Titi (Plank Test)
-Rintangan Antara Kon (Slalom)
-Latihan Brek Kecemasan (Emergency Brake)
-Latihan Melalui Selekoh Tajam (Crank Course)
-Kelab B Menunggang Atas Jalan Tidak Rata

3:Peringkat 2 (8 Jam)
C1 Latihan Kemahiran Asas Menunggang
C2 Latihan Kemahiran Di Dalam Litar Institut
C3 Latihan Kemahiran Di Dalam Litar Adilkap

Syllabus Kursus Amali (Maintenance Course) Kelas D

1.Pemeriksaan Keliling Kenderaan
-Kedudukan Kenderaan
-Kerosakan Kenderaan
-Kebocoran
-Roda Dan Rim
-Tayar
-Tangki Minyak

2.Pemeriksaan Ruang Enjin
-Periksa Paras Minyak Enjin
-Kebocoran
-Sistem Elektrik
-Brek

3.Memeriksa Ruang Memandu
-Pintu
-Brek Meletak Kenderaan (Hand Brake)
-Lampu-lampu Amaran
-Peralatan Keselamatan Dab Kecemasan
-Cermin

4.Semasa Kenderaan Tidak Bergerak
-Hidupkan Enjin
-Peralatan Dan Penunjuk Paras
~Penunjuk Paras Minyak
~Hos
~Lampu Isyarat
~Stereng
~Brek Dan Lain-lain
  

Syllabus Kursus Pendidikan Pemandu (KPP)

BAB 1 : PANDUAN PENGGUNA JALAN RAYA

BAHAGIAN 1:Sikap Dan Tanggung jawab Pemandu

BAHAGIAN 2:Teknik Memandu Asas

BAB 11: PANDUAN PERATURAN JALAN RAYA
(HIGHWAY CODE)

TANDA ISYARAT LALU LINTAS

Bahagian I – Tanda Isyarat Lalulintas Bahaya
Bahagian II – Tanda Isyarat Lalulintas Larangan
Bahagian III -Tanda Isyarat Lalulintas Mandatori
Bahagian IV -Tanda Isyarat Lalulintas Memberitahu
Bahagian V -Tanda Isyarat Lalulintas Sementara
Bahagian VI -Tanda Garisan Di Atas Jalanraya
Bahagian VII -Tanda Dan Isyarat Tangan Polis Trafik
Bahagian VIII -Tanda Isyarat Tangan Pemandu

BAB III: PEMANDUAN BERHEMAT

BAHAGIAN 1:KONSEP PEMANDUAN BERHEMAT
-Pendahuluan
-Definisi Konsep Pemanduan Berhemat
-Langkah Mencegah Berlakunya
-Kemalangan
-Merancang Perjalanan
-Pemanduan Sempurna

BAHAGIAN 2:
KEDUDUKAN BAGAIAMANA KEMALANGAN BOLEH BERLAKU
-Enam (6) Kedudukan

BAHAGIAN 3:
KEADAAN YANG MENYEBABKAN KEMALANGAN
-Pemandu
-Jalan
-Kenderaan
-Cuaca
-Cahaya
-Lalulintas

BAHAGIAN 4:
HALANGAN
– Pendahuluan
– Bentuk Halangan
– Pelan Tindakan Halangan
-‘The Hazard Action Plan’ (Sistem Kawalan Kenderaan)

BAHAGIAN 5:
PERATURAN
-Pendahuluan
-Peraturan Jarak
-Peraturan Memotong
-Peraturan Di Persimpangan

BAHAGIAN 6:
OLAH GERAK

BAHAGIAN 7:
KEPUTUSAN/TINDAKAN
Mencegah Kemalangan

BAB IV:PEMANDUAN DALAM PELBAGAI KEADAAN

BAHAGIAN 1:
PEMANDUAN SEMASA KECEMASAN
-Brek Gagal Berfungsi
-Kenderaan Terbabas
-Pemecut Terlekat
-Tayar Pecah
-Lampu Hadapan Kenderaan Terpadam
-Kenderaan Terbakar
-Bonet Terbuka
-Terpaksa Berhenti di Lebuhraya
-Menghadapi Sesuatu Kemalangan-
-Kenderaan Terjunam Ke Dalam Air
-Kaca Skrin Pecah
-Enjin Kenderaan Tidak Boleh Dihidupkan
-Kerosakan Pada Kenderan
-Menukar Tayar
-Peralatan Kecemasan

BAHAGIAN 2:
MEMANDU DI LEBUHRAYA
-Sebelum Memandu
-Semasa Memandu

BAHAGIAN 3:
MEMANDU PADA WAKTU MALAM
-Faktor-faktor Memandu
-Faktor-faktor Fizikal

BAB V : KEPERLUAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEMANDU

KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEMANDU
-Pandangan
-Pendengaran
-Waspada
-Perubatan
-Kesihatn dan Keselamatan
-Pemeriksaan Doktor
-Sikap dan Keselamatan
-Tanggungjawab Memiliki Insurans

BAHAGIAN 2:
PENGURUSAN KETEGANGAN `STRESS MANAGEMENT’
-Pendahuluan
-Definasi Ketegangan
-Penjenisan Ketegangan Semasa Memandu
-Tiga Peringkat Mengawal Ketegangan

BAHAGIAN 3:
PEMANDUAN DI BAWAH PENGARUH ALKOHOL DAN DADAH
-Pendahuluan
-Alkohol / Dadah / Ubat

BAB VI : UNDANG-UNDANG DAN KESELAMATAN PEMANDU

BAHAGIAN 1 :
LESEN MEMANDU
-Jenis-jenis Lesen Memandu
-Syarat-syarat kelayakan pemohon untuk mendapatkan lesen
-Syarat pengeluaran lesen belajar memandu
-Syarat-syarat yang dikenakan kepada pemegang lesen belajar memandu
-Pra kelayakan untuk menduduki Ujian Amali
-Lesen Memandu Percubaan

BAHAGIAN 2 :KESALAHAN – KESALAHAN MEMANDU DAN HUKUMAN-HUKUMANYA DIBAWAH AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987.
-Pendahuluan
-Jenis-jenis kesalahan

BAHAGIAN 3 : SISTEM KEJARA
-Pengertian umum
-Pengertian khusus
-Kenapa Sistem KEJARA diwujudkan
-Bagaimana Sistem KEJARA berfungsi
-Kursus Pemulihan
-Pemberian Bonus
-Penalti Denda
-Kesalahan-kesalahan Terjadual dan mata Demerit

BAB VII : PERATURAN DAN PERUNDANGAN MENGENAI PENUNGGANG MOTOSIKAL

BAHAGIAN 1 :PANDUAN UNTUK PENUNGGANG MOTOSIKAL
-Memakai Peralatan yang betul
-Pemeriksaan motosikal

BAHAGIAN 2 : MEMUNGGANG DENGAN CARA SELAMAT
-Kedudukan badan
-Memusing dan membelok
-Membrek
-Menukar gear
-Teknik asas menunggang

BAHAGIAN 3 :MENENTUKAN JARAK
-Jarak hadapan
-Jarak bahagian tepi
-Jarak di belakang

BAHAGIAN 4 : MENGENAL PASTI MASALAH
-Memandang ke hadapan
-Menoleh ke belakang
-Menggunakan cermin

BAHAGIAN 5:
MENUNGANG PADA WAKTU MALAM

BAHAGIAN 6:
MEMBAWA PENUMPANG DAN BARANGAN

BAHAGIAN 7:
MENGENDALIKAN MOTOSIKAL KETIKA KECEMASAN

Tarikh kursus & ujian GDL/PSV bagi bulan April 2008

Kursus: 23/4/2008.

Ujian:    14/5/2008

Tarikh kursus & ujian GDL/PSV bagi Mac 2008

Kursus: 13/3/2008.

Ujian: 2/4/2008.