Agensi berita Al Jazeera melaporkan, undang-undang yang mendapat banyak kritikan daripada kumpulan hak asasi manusia itu disifatkan sebagai akan memburukkan lagi hubungan kerajaan dengan kumpulan berkenaan.

“Undang-undang jalan raya baharu Rusia yang melarang masyarakat daripada memandu kerana perbezaan latar belakang adalah mengarut dan menyalahi peraturan.

“Saya menggesa supaya undang-undang berkenaan dibatalkan dengan segera,” kata Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Eropah, Nils Muiznieks di laman sosial Facebooknya.

Undang-undang yang mula dikuatkuasakan pada 29 Disember lalu yang mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri Rusia, Dmitry Medvedev itu menyenaraikan golongan yang mengalami ‘gangguan mental dan tingkah laku’ seperti yang ditakrifkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) boleh dibatalkan lesen memandu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Mental WHO, Shekhar Saxena berkata, pihaknya sedang menjalankan kajian bagi mempertimbangkan keputusan untuk mengeluarkan golongan transgender daripada senarai individu yang mempunyai masalah mental.

Aktivis hak asasi manusia, Shawn Gaylord dalam satu kenyataan berkata, perubahan undang-undang tersebut akan menyebabkan berlakunya lebih banyak gangguan, penganiayaan dan diskriminasi terhadap golongan tersebut oleh pihak berkuasa Rusia.

Jelas Gaylord, langkah Rusia itu juga secara langsung membuatkan golongan berkenaan enggan mendapatkan khidmat kesihatan mental kerana bimbang hak mereka untuk memandu akan digugurkan sekiranya didiagnos sebagai transgender.

Sumber: Utusan Malaysia, 12 Januari 2015.