Alor Gajah: Mengejutkan apabila seorang lelaki dikesan memiliki 79 saman lalu lintas membabitkan pelbagai kesalahan dalam Ops Warta yang dilakukan di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) di Rembia, di sini, semalam.
Lelaki berusia 35 tahun yang berkereta mewah mulanya menafikan perkara itu, namun akur selepas semakan polis trafik mendapati dia melakukan kesalahan berkenaan.
Susulan itu, lelaki yang mendakwa anak individu kenamaan berkenaan ditahan untuk tindakan lanjut.
Dalam operasi sama, dua pesalah trafik berusia awal 20-an dan 30-an yang dikesan memiliki satu dan lima waran tangkap ditahan dan dibawa ke balai polis trafik berdekatan untuk tindakan lanjut.
Pegawai Turus Trafik negeri Deputi Superintendan Mohd Sham Abdullah berkata, polis turut mengeluarkan 95 saman trafik atas pelbagai kesalahan dalam operasi bermula jam 10.30 pagi itu.
Sumber: Harian Metro, 18 Jun 2014.
Filed under: Uncategorized | Tagged: akhbar, B2, Berita, kompaun, Lesen, Lesen L, Lesen memandu, Lesen P, motorsikal, PBT, PDRM, pemandu, polis, saman, topi keledar, undang-undang |
Tinggalkan Jawapan