Mylesen sasar golongan muda.

MELAKA 24 Dis. – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri akan menganjurkan program MyLesen bermula tahun hadapan dalam usaha membantu pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal untuk mendapatkan lesen.

Pengarahnya, Mohd. Fadhil Hassan berkata, program yang memfokuskan golongan muda itu bakal diadakan pihak JPJ dengan kerjasama sekolah memandu bagi menggalakkan golongan tersebut mendapatkan lesen motosikal.

Menurutnya, melalui program yang turut diadakan di seluruh negara itu, para pengguna berpeluang untuk mendapatkan lesen motosikal kelas B2 dengan bayaran sebanyak RM198 seorang, jauh lebih murah berbanding biasa.

MyLesen diharap dapat menarik serta menggalakkan lagi golongan muda yang masih tidak mempunyai lesen untuk mendapatkannya di samping turut memperoleh khidmat tunjuk ajar dan nasihat daripada pihak JPJ.

“Program ini juga secara tidak langsung diharap dapat menghindarkan golongan muda daripada terus melakukan kesalahan menunggang tanpa lesen yang membahayakan keselamatan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Operasi Motosikal di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) arah selatan dekat Bukit Piatu, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JPJ negeri, Jaafar Yaakob dan Penolong Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) negeri, Abdullah Kechut.

Jelas Mohd. Fadhil, walaupun program MyLesen memfokuskan golongan muda, ia turut dibuka kepada setiap peringkat umur pengguna yang masih belum mendapatkan lesen motosikal.

Program ini akan dilakukan berterusan pada 2014 dalam usaha sasaran yang diletakkan JPJ Pusat untuk mencapai matlamat 1Rakyat 1Lesen,” ujarnya.

Sementara itu katanya lagi, JPJ negeri turut akan memperkenalkan Skuad Muda 1JPJ bermula tahun hadapan yang akan memberi tumpuan bagi mengumpul seramai mungkin pengguna jalan raya terutamanya golongan muda sebagai ahli.

“Penubuhan skuad ini bertujuan membantu JPJ memberi kesedaran tentang keselamatan jalan raya kepada pengguna jalan raya lain.

“Skuad ini akan terlibat sama dengan pelbagai program yang akan dilaksanakan JPJ bagi melibatkan orang ramai dalam memastikan kesedaran terhadap keselamatan jalan raya dapat diserap kepada semua golongan tidak hanya oleh pihak penguat kuasa sahaja,” tambahnya.

Sumber: Utusan Malaysia, 25 Disember 2013.

2 Respons

  1. Ujian lisan akan dijalankan oleh JPJ sendiri di cawangan JPJ. Objektif menjalankan ujian secara lisan ialah untuk kemudahan mereka yang buta huruf atau tidak mahir menjawab menggunakan komputer. Sebagaimana ujian berkomputer dibenarkan membuat ulangan sekiranya gagal, begitulah juga ujian lisan.

  2. saya nak tahu tentang ujian lisan lesen memandu dengan lebih terperinci.ujian lisan dilakukan berapa kali.ujian lisan dilakukan sekali je ke.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: