Sudah 58,745 warga emas dapat lesen menerusi SKSJ.

Shah Alam: Sebanyak 58,745 warga emas memiliki lesen sendiri melalui program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) yang diadakan sejak 2009 sekali gus meningkatkan kesedaran pentingnya keselamatan jalan raya dalam kalangan penduduk khususnya di kawasan pedalaman.

Sambutan yang diterima begitu menggalakkan sehingga melebihi sasaran 500 orang yang ditetapkan setiap tahun memandangkan dengan harga yuran yang murah iaitu RM150 dan kursus pemanduan dijamin lulus membuatkan warga emas tidak ketinggalan menyertainya.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Yusoff Ayob berkata, JPJ bukan sahaja menjalankan penguatkuasaan, bahkan membantu memudahkan golongan warga emas memiliki lesen memandu sendiri melalui program ini.

“Saya percaya, jika mereka diberi pendedahan mengenai kepentingan dan undang-undang jalan raya, pastinya mereka akan lebih berhemah ketika menunggang motosikal demi keselamatan diri dan pengguna lain,” katanya ketika dihubungi Harian Metro semalam.

Yusoff berkata, pendekatan seperti ini mampu membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang difahamkan meningkat sebanyak 230 kes pada 2012 dengan 129,106 kes kemalangan berbanding 128,876 kes pada 2011.

Menurutnya, JPJ mahu mendedahkan aspek undang-undang dan peraturan jalan raya yang perlu dipatuhi penduduk terutamanya di kawasan pedalaman supaya dapat menunggang motosikal dengan cekap dan berkemahiran.

“Program sama akan dilaksanakan pada tahun depan sebagai usaha berterusan JPJ membantu warga emas sekali gus mengeratkan lagi silaturahim antara jabatan kerajaan dan masyarakat setempat,” katanya.

Sementara itu, Yusoff turut melahirkan kebimbangan terhadap insiden kemalangan jalan raya yang kian meningkat memandangkan analisis yang dijalankan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) pada 2011 dan 2012 menunjukkan jumlah kematian meningkat 0.6 peratus.

“Jumlah kematian meningkat sebanyak 32 orang pada 2012 dengan 1,102 orang berbanding 1,070 orang pada 2011,” katanya.

Sumber: Harian Metro, 29 November 2013.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: