Sistem mySIKAP bermasalah- Isu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Ekonomi Negara

KUALA LUMPUR 28 Nov. – Isu prestasi perkhidmatan sistem pengkomputeran mySIKAP di kaunter urusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang mengecewakan akan dibawa ke mesyuarat Majlis Ekonomi Negara.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah itu membolehkan kerajaan mencari penyelesaian jangka masa panjang bagi membaiki segala kelemahan sistem tersebut.

Katanya, buat masa ini penyelesaian jangka pendek sudah diambil dan beliau telah mengarahkan pakar membuat kajian terperinci dalam tempoh dua minggu sebelum perkara itu dibawa ke Majlis Ekonomi Negara.

“Kita telah pun kenal pasti punca dan pihak JPJ sudah mengambil langkah awal untuk menyelesaikan masalah itu tetapi saya mahu kajian teliti dibuat dan kita beri tempoh dua minggu sebelum dibawa ke Majlis Ekonomi Negara.

“Namun, saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh anggota JPJ yang memberi komitmen untuk mengatasi masalah ini tetapi kita tidak boleh berpuas hati, sebaliknya banyak lagi ruang untuk dibaiki,” katanya kepada media.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian persidangan Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MIDAS) oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia, 29 November 2013.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: