Bila tak biasa memandu kereta auto.

Akibat silap tekan pedal, kereta rempuh bank.

Sabak Bernam: Kira-kira 50 pelanggan yang sibuk berurusan di sebuah bank di sini, semalam, terkejut apabila sebuah kereta dipandu seorang wanita merempuh pintu kaca hadapan institusi kewangan itu pada jam 11 pagi semalam.

Pelanggan bank Hussin Morsam, 66, berkata, ketika kejadian, dia bersama isteri, Junainah Abdul Rahman, 61, anak dan cucunya duduk di bangku dalam bank itu sambil menunggu giliran untuk berurusan.

Katanya, mereka dikejutkan dengan dentuman kuat di hadapan bank itu sebelum sebuah kereta Perodua Viva merempuh pintu kaca bank berkenaan.

“Saya terkejut sehingga menggeletar seluruh badan kerana pada mulanya menyangkakan berlaku rompakan. Namun, sebuah kereta dipandu seorang wanita yang juga kenalan saya merempuh pintu kaca bank itu,” katanya.

Hussin bersyukur tiada pelanggan atau kakitangan bank tercedera dalam kejadian itu dan kejadian menyebabkan operasi bank tergendala buat seketika dan ia diteruskan tidak lama kemudian selepas polis selesai menjalankan siasatan.

Pemandu kereta, Azizah Hasbullah, 60, berkata, sebelum kejadian dia sedang mengundurkan kenderaan itu tanpa menyedari gear kereta berada dalam kedudukan ‘D’.

Katanya, apabila cuba menekan brek, dia sekali lagi tersilap dan menekan pedal minyak menyebabkan kereta dipandu bergerak ke depan dan merempuh pintu kaca bank itu.

“Saya memandu kereta lebih 20 tahun, namun kebiasaannya saya memandu kereta manual.

Kereta automatik ini pula milik menantu yang meminta saya memandu pulang kereta ini selepas meninggalkan kereta saya di sebuah bengkel untuk dibaiki,” katanya.

Difahamkan, Azizah singgah di bank itu untuk mengeluarkan wang dan bercadang pergi semula ke rumah anaknya di Kuala Lumpur kerana anak perempuannya itu baru saja melahirkan anak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Noor Mushar Mohamad ketika berkata, tiada siapa tercedera dalam kejadian itu dan berharap orang ramai lebih berhati-hati ketika memandu kenderaan terutama pada musim cuti sekolah ini.

Sumber: Harian Metro, 26 November 2013.

 

Admin: Daripada mengalami kerugian begini, lebih baik ambil kelas “Kemahiran memandu kereta auto” yang boleh diambil bersama kami. Harga mengikut jam yang sangat berpatutan. Kelas ini sangat sesuai bagi mereka yang memang lebih suka memandu kereta auto sedangkan semasa latihan dan ujian memandu praktikal, mereka menggunakan kereta manual. Renung-renungkan….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: