Tahukah anda Pejabat JPJ kini beroperasi Setiap Hari?

………….sehingga Masalah Sistem MySIKAP Diatasi.

 

PUTRAJAYA: Berkuat kuasa 13 November 2013, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan beroperasi setiap hari sebagai langkah sementara mengatasi masalah penggunaan aplikasi mySIKAP yang diperkenalkan pada 1 November lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad, berkata arahan kepada warga kerja JPJ seluruh negara beroperasi seperti biasa termasuk pada cuti hujung minggu dikeluarkan semalam sehingga masalah itu dapat diselesaikan.

 

Orang ramai diminta sabar

Katanya, masalah kelewatan itu dijangka diselesaikan sepenuhnya hujung tahun ini dan meminta orang ramai bersabar berikutan pengenalan sistem baru itu masih memerlukan penambahbaikan.

“Kerangka utama komputer dalam mySIKAP ketika ini tidak mampu menampung permintaan yang tinggi untuk sesuatu urusan.

“Kita baru selesai bermesyuarat hari ini (semalam) dan membuat keputusan untuk mendapatkan komputer pusat (server) baru yang ada keupayaan lebih tinggi bagi menyelesaikan masalah ini,” katanya di Ibu Pejabat JPJ, di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina yang memetik beberapa pengusaha sekolah memandu mendakwa sistem komputer mySIKAP yang baru diperkenalkan JPJ menimbulkan banyak masalah dan sukar untuk diakses orang ramai

Ismail berkata, sebelum dilaksanakan secara menyeluruh pada 1 November lalu, penggunaan perintis sistem mySIKAP di kedua-dua pejabat JPJ di Melaka dan Perlis sebelum ini tidak menimbulkan sebarang masalah.

“Sebelum ini kita pelaksanaan sistem SIKAP, kita hanya menggunakan 30 peratus untuk urus niaga dalam talian, namun melalui sistem baru ini, ia meningkat 85 peratus.

“Diharapkan orang ramai bersabar kerana ia (mySIKAP) masih baru dilaksanakan dan perubahan ini adalah untuk memudahkan orang ramai berurusan dengan JPJ pada masa depan,” katanya.

Di Kota Kinabalu, Pengarah JPJ Sabah, Suhaili Mohd Taufik, mengakui berlaku kelewatan dalam memproses permohonan.

“Setakat ini kita cuba mempercepatkan permohonan dan memang ada sedikit kesesakan, tetapi tidaklah hingga terpaksa beratur panjang,” katanya.

Di Johor Bahru, Pengarah JPJ Johor, Johari Yusof berkata, kesesakan di kaunter serta kelewatan mengeluarkan lesen disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

“Bahagian Pelesenan pemandu misalnya sesak dengan orang ramai yang mahu membuat permohonan lesen baru berikutan transaksi pembaharuan masih belum boleh dilakukan di pejabat pos seperti sebelum ini,” katanya.

Di Ipoh, Pengarah JPJ Perak, Ramli Awang Seberang, mengakui pihaknya menerima beberapa aduan mengenai masalah yang timbul daripada penggunaan sistem baru itu, tetapi ia dapat diatasi dengan sebaik mungkin.

“Memang tidak dinafikan kita ada menerima aduan mengenainya, tetapi setakat ini Perak masih terkawal dan aduan itu dapat diatasi dalam tempoh singkat tanpa membabitkan sebarang isu besar,” katanya.

Sumber: Berita Harian, 13 November 2013.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: