Fakta: Kereta lama punca kemalangan maut- MIROS.

MELAKA 15 Nov. – Kereta lama berusia lebih 12 tahun merupakan salah satu penyebab kematian dalam kes-kes kemalangan jalan raya kerana tidak dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang mencukupi bagi menyelamatkan nyawa pemandu dan penumpangnya.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Prof. Dr. Wong Shaw Voon berkata, kemalangan maut berlaku apabila kereta yang dipandu tidak dapat menyerap hentakan akibat perlanggaran.

Menurutnya, kajian mendapati reka bentuk dan struktur rangka kereta lama tidak berupaya menyerap hentakan yang akan mengakibatkan berlaku kecederaan parah dan kematian terhadap pemandu dan penumpang walaupun mereka memakai tali pinggang keselamatan.

“Daripada kajian yang dijalankan, kita mendapati banyak kemalangan maut berpunca kegagalan struktur binaan badan kereta untuk menyerap hentakan apabila berlaku perlanggaran.

“Struktur kereta bukan sahaja mampu untuk menyerap hentakan apabila berlaku perlanggaran malah perlu kukuh bagi memastikan pemandu dan penumpang tidak tersepit dan mencederakan organ penting apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya,” katanya selepas menyaksikan ujian perlanggaran kereta oleh Miros di Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan, Tiang Dua di sini hari ini.

Shaw Voon berkata, ciri-ciri keselamatan yang perlu ada pada sesebuah kereta bagi mengurangkan risiko kemalangan maut adalah mempunyai beg udara, tapi pinggang keselamatan dan paling penting adalah struktur dan reka bentuknya yang kukuh dan mampu menyerap hentakan.

Beliau berkata, penyelenggaraan berkala juga adalah penting bagi memanjangkan hayat sesebuah kereta selain memastikannya sentiasa selamat, namun pengguna harus menimbang untuk mendapatkan kenderaan terkini yang sudah semestinya terjamin ciri keselamatannya.

Katanya, setiap kenderaan mempunyai jangka hayat tertentu dan selepas tempoh itu kenderaan berkenaan mungkin tidak lagi selamat digunakan.

“Saya sarankan supaya utamakan keselamatan dengan melabur sedikit wang untuk mendapatkan kenderaan yang mempunyai ciri keselamatan yang optimum supaya risiko kematian akibat kemalangan dapat dikurangkan,” katanya.

 

 

Sumber: Utusan Malaysia, 16 November 2013.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: