Motosikal ‘kapcai’ munkin tidak dibenarkan di lebuh raya.

KUALA LUMPUR 12 Nov. – Motosikal kapasiti enjin (CC) rendah berkemungkinan tidak dibenarkan berada di lebuh raya bagi melindungi pengguna kenderaan itu daripada risiko kemalangan jalan raya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadilah Yusof berkata, kementeriannya telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji permasalahan itu memandangkan bukan semua lebuh raya menyediakan lorong khas motosikal.

Katanya, berbanding motosikal berkuasa tinggi, pengguna motosikal kecil terdedah kepada risiko kemalangan kerana angin daripada kenderaan lain yang laju boleh mengakibatkan motosikal itu berada dalam keadaan tidak seimbang.

“Kita sedang melihat bagaimana kita dapat menangani permasalahan ini, sama ada motosikal dibenarkan di lebuh raya, sama ada dikenakan tol, kategori mana yang dikenakan tol ataupun tiada tol untuk mereka, ini akan diperincikan,” katanya sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang bertanyakan mengenai lorong khas motosikal di lebuh raya untuk mengelakkan motosikal menggunakan laluan kereta dan kenderaan lain.

Menurut Fadilah, buat ketika ini, hanya Lebuh Raya Persekutuan menyediakan lorong khas motosikal dan pembinaan lorong itu di semua lebuh raya memerlukan kos tambahan melibatkan RM2 juta untuk setiap satu kilometer.

Sumber: Utusan Malaysia, 13 November 2013.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: