55,554 sudah terima lesen memandu melalui SKSJ

SEREMBAN 15 Sept. – Sebanyak 55,554 orang terutama di kawasan luar bandar menerima manfaat daripada program anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi 133 Program 1 Komuniti 1 JPJ (SKSJ) di seluruh negara yang mula diperkenal sejak 2009.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi), Datuk Yusoff Ayob berkata, program berkenaan merupakan usaha berterusan pihaknya memberi kemudahan kepada masyarakat luar bandar memperoleh lesen memandu percubaan (P) dengan lebih mudah.

Menurutnya, program berkenaan lebih menyasarkan kepada warga emas selain masyarakat Orang Asli bagi membantu mereka mengurangkan beban kos tinggi sekiranya mengikuti keseluruhan prosedur pengambilan lesen di mana-mana institut memandu di seluruh negara.

“Biarpun kita mengendalikan program ini tetapi aspek keselamatan tidak pernah diabaikan malah diberikan keutamaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perasmian Penutup Program SKSJ Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, dekat sini hari ini yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri berkenaan, Datuk Ishak Ismail dan Pengarah JPJ negeri, Saiful Azzri Hamzah.

Ditanya mengenai jumlah yang mendapat manfaat bagi program berkenaan di negeri ini, Yusoff menjelaskan, seramai 3,267 orang telah mendapat lesen memandu percubaan di negeri ini menerusi 10 program yang dianjurkan dari 2009 hingga hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia, 16 September 2013.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: