26 Oktober “Hari Memandu untuk Wanita” di Arab Saudi

RIYADH 23 Sept. – Aktivis-aktivis wanita Arab Saudi menyeru supaya diadakan satu hari pada bulan depan bagi kaum wanita di negara ini memandu kenderaan, sekali gus mengingkari larangan kerajaan ke atas wanita memandu kenderaan di negara ini.

Satu petisyen atas talian bertajuk ”26 Oktober, hari memandu untuk wanita” setakat semalam telah mengumpul sebanyak 5,800 sokongan dalam usaha aktivis menggesa kerajaan menghapuskan larangan unik itu.

Aktivis, Nasima al-Sada berkata, kira-kira 20 wanita akan mengambil bahagian dalam kempen yang diadakan di wilayah timur Arab Saudi itu.

”Kebanyakan wanita berminat untuk belajar memandu kereta atau mengajar wanita lain bagaimana untuk memandu,” katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan wanita di negara ini telah memperolehi lesen memandu di luar negara. – AFP.

Sumber: Utusan Malaysia, 24 September 2013.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: