JPJ sambung kajian pelaksanaan ujian memandu guna kenderaan transmisi automatik

KUALA LUMPUR 14 Jun – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menjalankan satu kajian menyeluruh terhadap pelaksanaan ujian memandu menggunakan kenderaan transmisi automatik yang sebelum ini ditangguhkan.

Bagaimanapun Ketua Bahagian Pelesenan Dan Pengujian Pemandu JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Arbaaton Abd. Rahman berkata, pihaknya masih menunggu arahan Kementerian Pengangkutan untuk tindakan selanjutnya.

“Antara kajian yang bakal dilaksanakan termasuk pengenalan kurikulum baharu, kesesuaian serta penambahbaikan litar ujian dan sebagainya,” katanya semasa program pengambilan lesen kelas B anjuran Kelab Kembara Bermotosikal Utusan Melayu (KKBUM) di sini hari ini.

Program hasil kerjasama Institut Memandu Surfine Hitech Sdn. Bhd. (Surfine Hitech) dan JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu sebagai persediaan awal KKBUM menjayakan Kembara Queen Street (KQS) ke Singapura sempena sambutan ulang tahun Utusan Melayu ke-75.

Turut hadir, Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan; Pengarah Urusan Surfine Hitech, Datuk Hanafi Mat Zin dan Ketua Unit Pengujian JPJ Wilayah Persekutuan, Mohd. Nazreeq Mohamed Ghazali.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan cadangan penggunaan kenderaan transmisi automatik bagi ujian memandu sebagai langkah memudahkan orang ramai memiliki lesen memandu terutama golongan yang telah berumur dan wanita.

Kurikulum baharu itu memberi penekanan kepada usaha melahirkan pemandu yang berhemah dan berdisiplin berbanding kurikulum sebelum ini yang lebih kepada kemahiran dan pengetahuan tentang undang-undang di jalan raya.

Namun, langkah itu ditangguhkan ekoran kementerian masih menunggu kelulusan peruntukan untuk mencetak buku dan peralatan bagi institut memandu selaras dengan pengenalan kurikulum baharu pendidikan pemandu dengan kos kira-kira RM5 juta.

Difahamkan, pengambil lesen menggunakan kenderaan transmisi automatik bakal dilaksanakan selewat-lewatnya September ini.

Sumber: Utusan Malaysia, 15 Jun 2013.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: