Lesen Memandu Bersekuriti Tinggi bermula15 Julai 2013.

gambar-lesen-baru-2013

KUALA LUMPUR 14 Jun – Kementerian Pengangkutan akan melaksanakan pengeluaran Lesen Memandu Bersekuriti Tinggi (LMBT) serentak di semua pejabat dan cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 15 Julai ini bagi menggantikan lesen kini yang telah digunakan sejak 1989.

Pelaksanaan lesen baharu itu kemudiannya akan diperluaskan pengeluarannya di pejabat pos di seluruh negara pada November tahun ini.

Pemangku Menteri Pengangkutan. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, antara ciri-ciri keselamatan baharu tersebut termasuk pengaplikasian kad plastik pra-cetak bentuk dan lapisan hologram yang memiliki keselamatan tinggi.

Menurutnya, kad plastik pra-cetak itu akan mengandungi reka bentuk keselamatan tinggi dan canggih dalam imej garisan halus manakala lapisan hologram tersebut akan melindungi informasi serta gambar pemegang lesen memandu berkenaan.

“Pembaharuan ini adalah kerana lesen yang sekarang digunakan telah digunakan sejak 1989 dan tidak pernah dinaik taraf.

“Jadi, pembaharuan dengan ciri-ciri keselamatan yang baharu ini saya harap dapat meyakinkan orang ramai bahawa kita proaktif dalam memastikan kepalsuan dan tindakan tidak bertanggungjawab berhubung kait dengan lesen lama itu boleh tangani dengan lesen ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja di JPJ Wilayah Persekutuan, Jalan Genting Klang, Setapak, di sini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Long See Wool; Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Dr. Tam Weng Wah.

Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata, penghasilan lesen baharu itu akan menggunakan mesin pencetak teknologi pemindahan terma (thermal transfer) dengan perisian khas serta saiz lesen tersebut akan bersaiz kad kredit.

Katanya, pelaksanaan LMBT yang melibatkan Lesen Memandu Percubaan (PDL) dan Lesen Memandu Kompeten (CDL) tersebut dapat meningkatkan ciri kad dan bentuk lesen memandu bagi mengelakkan pemalsuan.

Jelasnya, permohonan lesen baharu itu hanya memerlukan soft copy gambar pemilik atau gambar pangkalan data MyIdentity yang dibangunkan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) serta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan imej gambar tersebut akan disimpan dalam pangkalan data JPJ.

“Lesen ini juga diterima di peringkat antarabangsa dengan penggunaan dwibahasa berbanding kad lesen memandu sedia ada dan bakal menyebabkan transformasi proses kerja di kaunter melalui perubahan terhadap sistem memasukkan data kepada sistem klik di samping meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan,” katanya.

Beliau menambah, pengeluaran LMBT akan memperkukuhkan pangkalan data JPJ melalui peningkatan maklumat serta imej gambar pemandu yang dimuat naik.

Sumber: Utusan Malaysia, 15 Jun 2013.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: