SKSJ sudah bantu 52,000 penunggang dapat lesen P

RAUB 15 April – Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak 2009 telah membantu lebih 52,000 penunggang motosikal memiliki lesen P kelas B2.

Pengarah Korporat Dan Penyelidikan JPJ, Zairi Mat Ali berkata, dari 2009 hingga sekarang sebanyak 124 SKSJ dilaksanakan di setiap negeri bagi membantu rakyat yang sukar mendapatkan lesen memandu kerana tinggal di kawasan pedalaman dan jauh dari pejabat JPJ daerah.

Menurutnya, menerusi program tersebut, JPJ memberi kuota penganjuran sebanyak tiga kali setahun bagi negeri di Semenanjung manakala Sabah dan Sarawak lima kali setahun.

“Sambutan sangat menggalakkan sehingga ada beberapa negeri memohon melaksanakan program itu melebihi kuota ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas menutup program SKSJ di Dewan Orang Ramai Felda Lembah Klau di sini kelmarin

Turut hadir penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin.

Seramai 514 warga emas terdiri daripada 197 kaum Melayu, 12 India, 42 Cina dan 263 Orang Asli telah menerima lesen P motosikal kelas B2

Menurut Zairi, selain pengeluaran lesen secara berkelompok, program itu juga memberikan kemudahan kepada penduduk membuat pelbagai urusan berkaitan agensi tersebut seperti pembaharuan lesen memandu, menukar hak milik kenderaan dan sebagainya.

Malah, jelasnya, program itu wajar diteruskan kerana dapat mendekatkan warga JPJ dengan komuniti setempat selain memberi penerangan mengenai tugas pegawai dan anggota agensi berkenaan.

Beliau memberitahu, menerusi program tersebut peserta hanya dikenakan bayaran RM160 seorang.

Sumber: Utusan Malaysia, 16 April 2013.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: