Luar Negara: Anjing lulus ujian memandu.

WELLINGTON – Dua ekor anjing terlatih memandu sebuah kereta yang diubah suai di sebuah litar perlumbaan di Auckland, New Zealand semalam.

Kedua-dua ekor anjing itu yang bernama Monty dan Porter lulus ujian memandu manakala aksi haiwan tersebut disiarkan menerusi televisyen.

Tujuan aksi tersebut disiarkan adalah untuk meningkatkan minat orang ramai supaya menjadikan anjing dari rumah-rumah perlindungan sebagai haiwan peliharaan.

Dua ekor haiwan itu merupakan sekumpulan anjing penyelamat dari Auckland yang diajar untuk memandu kereta.

Rakaman anjing-anjing itu belajar memandu mencetuskan sensasi di internet sebelum ini.

Klip-klip video yang menunjukkan anjing-anjing berkenaan memandu boleh ditonton di laman YouTube.

Dalam ujian memandu itu, Monty memandu sebuah kereta Mini yang telah diubah suai di sepanjang laluan yang lurus.

“Semuanya dilakukan sendiri oleh anjing jantan itu,” kata jurulatih haiwan, Mark Vette ketika Monty memandu kereta tersebut di sepanjang litar berkenaan.

Menurut Vette, anjing itu menghidupkan enjin, meletakkan satu kakinya di brek untuk menolak gear dan memandu kereta berkenaan.

Papan pemuka kereta itu diubah suai dengan dilengkapi pedal minyak dan brek. – AFP

Sumber: Kosmo, 10 Disember 2012.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: