‘Satu Pelajar Satu Lesen’ sasar 10,000 belia miliki lesen B2

KANGAR: Pertubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mensasarkan lebih 10,000 belia terutama pelajar seluruh negara memiliki lesen memandu B2 menerusi program ‘Satu Pelajar Satu Lesen’ sekali gus mampu membendung gejala rempit di kalangan golongan berkenaan.

Program dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dimulakan di negeri ini dalam usaha melahirkan golongan belia berdisiplin dan mempunyai tatatertib ketika menunggang motosikal kerana mereka banyak terdedah dengan risiko kemalangan jalan raya.
Pengarah program yang juga Pengerusi GPMS negeri, Halmey Hamdah berkata, mereka yang berminat perlu mendaftar sebagai ahli pertubuhan itu bagi mendapatkan lesen memandu sebelum didedahkan dengan program keselamatan jalan raya bersama JPJ.

 

“Berdasarkan maklumat pihak berkuasa, kebanyakan belia terutama pelajar didapati menunggang motosikal tanpa mempunyai lesen memandu menyebabkan pihak GPMS rasa terpanggil mengadakan program ini demi kebaikan semua pihak.
“Justeru, GPMS cuba menggalakkan mereka mendapatkan lesen memandu B2, sekali gus memberi kesedaran mengenai undang-undang jalan raya serta mendidik golongan terbabit agar sentiasa berhemah ketika menunggang motosikal.
“Namun, mereka perlu mengikuti program bersama JPJ terlebih dulu bagi mendapatkan lesen memandu selain dikenakan caj berpatutan supaya mereka lebih cenderung mendapatkan lesen demi keselamatan diri,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

 

 

Turut hadir, Presiden GMPS Malaysia, Jais Abd Karim. Halmey berkata, pihaknya berharap terdapat mana-mana pihak berminat untuk menaja golongan belia itu untuk mendapatkan lesen memandu yang sah.
Katanya, bagi yang berminat menyertai program terbabit, mereka perlu mendaftar sebagai ahli GPMS dengan bayaran sebanyak RM10 seumur hidup.

 

“Setakat ini di Perlis, kira-kira 100 belia sudah mendaftar bagi mendapatkan lesen memandu dengan dikenakan caj RM100 saja berbanding mengikuti kelas memandu yang dikenakan caj antara RM260 hingga RM360 setiap seorang.
“Kita berharap program mendapat sambutan daripada golongan sasaran,” katanya.

 

 

Sumber: Harian metro, 21 November 2012.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: