Operasi bersepadu di Kuala Lipis: JPJ keluar 44 saman

KUALA LIPIS 20 Nov. – Sebanyak 44 saman dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri atas pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasaan lain yang diadakan di sekitar bandar ini kelmarin.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan JPJ Pahang, Mohamat Johari Mat Nor berkata, dalam operasi selama tiga jam yang berakhir pada pukul 12 tengah hari itu, 509 kenderaan telah diperiksa.

Beliau berkata, sebuah motosikal turut disita kerana kesalahan tidak mempunyai cukai jalan.

“Dalam operasi tersebut, kita telah mengeluarkan 15 saman bagi pesalah trafik yang tidak mempunyai lesen memandu, tiada lesen vokasional untuk kenderaan perdagangan (lima kes) dan motosikal tanpa cukai jalan (tujuh kes).

“Kami juga mengeluarkan lima saman bagi kesalahan cermin gelap, nombor pendaftaran kenderaan (tujuh kes), kenderaan yang tidak diperiksa oleh Puspakom (satu kes) dan lain-lain kesalahan (empat kes),” katanya ketika ditemui di sini.

Mohamat Johari berkata, operasi bersepadu itu disertai 60 anggota JPJ, polis trafik, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Unit Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis.

Beliau berkata, pihak berkuasa turut menguji 16 sampel air kencing pemandu dan penumpang kenderaan dan mendapati dua daripadanya positif dadah jenis morfin.

Katanya, operasi bersepadu seumpama itu akan dilaksanakan di Jalan Persekutuan dan lebuh raya pada akhir tahun ini khususnya membabitkan pemeriksaan treler, bas persiaran dan motosikal.

“JPJ dengan kerjasama AADK akan melaksanakan operasi pemeriksaan terhadap pemandu treler dan kenderaan berat lain untuk mengesan penggunaan pil kuda.

“Ini kerana rekod kemalangan di lebuh raya membabitkan kenderaan berkenaan mendapati punca kecuaian pemandu yang mengambil pil kuda khususnya pemanduan untuk perjalanan jauh adalah penyumbang utama masalah tersebut,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia, 21 November 2012.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: