Penunggang warga emas & penunggang bawah umur maut bila motosikal bertembung.

BAGAN DATOH 2 Nov. – Seorang warga emas dan pelajar sekolah maut apabila motosikal yang ditunggangi mereka bertembung sesama sendiri di Kilometer 34.5, Jalan Baruh di Hutan Melintang dekat sini semalam.

Kemalangan berlaku ketika hujan lebat kira-kira pukul 7.45 malam dan mengakibatkan Ahmad Shafeal Hasan, 60, maut di tempat kejadian manakala Mohd. Aminuddin Marso, 13, pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Razak, Selekoh dekat sini meninggal ketika dibawa ke Hospital Teluk Intan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Supritendan Mohd. Zaki Harun berkata, dalam kejadian tersebut, motosikal ditunggang Ahmad Shafeal dalam perjalanan ke arah Bagan Datoh manakala pelajar tersebut dari arah bertentangan.

“Motosikal Ahmad Shafeal dipercayai memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal ditunggang Mohd. Aminuddin.

“Kedua-dua mereka cedera parah di kepala dan ketika kejadian pelajar tersebut juga didapati tidak memakai topi keledar. Kedua-dua motosikal yang bertembung itu adalah jenis Honda EX5,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zaki, hasil pemeriksaan pihaknya juga mendapati pelajar berkenaan tidak memiliki lesen memandu.

Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Utusan Malaysia, 3 November 2012.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: