Apakah punca utama nahas motosikal?

NIBONG TEBAL 21 Okt. – Tidak mematuhi atau melanggar undang-undang jalan raya dikenal pasti sebagai punca utama sebanyak 2,798 penunggang dan pembonceng motosikal maut sejak Januari hingga Ogos lalu.

Penunggang dan pembonceng motosikal juga menyumbang sebanyak 60 peratus daripada jumlah kemalangan maut di seluruh negara sepanjang tempoh berkenaan.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Arifin Che Mat berkata, jumlah tersebut menyamai statistik bagi tempoh sama pada tahun lepas.

Menurutnya, terdapat tiga kesalahan serius yang dilakukan golongan tersebut iaitu: tiada lesen memandu, melanggar lampu isyarat dan menunggang laju secara melulu.

“Ketiga-tiga ini merupakan satu kesalahan serius bukan sahaja kepada JPJ tetapi juga agensi-agensi penguat kuasa lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program penutup Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) bagi kawasan Sungai Acheh di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah JPJ Pulau Pinang, Datuk Hassan Yaacob dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria.

Dalam program itu, sebanyak 316 warga emas dari sekitar Sungai Acheh berjaya memperoleh lesen memandu B2.

Dalam perkembangan berkaitan, Arifin memberitahu, seramai 46,158 peserta berjaya menerima lesen memandu melalui program SKSJ yang diperkenalkan di seluruh negara sejak 2009.

“Di Pulau Pinang sahaja, sebanyak 899 warga emas mendapat lesen menerusi tiga program yang diadakan sejak tahun lalu,” ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia, 22 Oktober 2012.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: