AES diperkenal di Kelantan mulai 2013

KOTA BHARU 17 Okt. – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan akan memperkenalkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dengan memasang kamera litar, khususnya di kawasan strategik di negeri itu mulai tahun depan.

Pengarahnya, Abdul Ghani Che Kassim berkata, langkah itu dibuat bagi mengesan pemandu kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya yang semakin meningkat di negeri ini.

Beliau berkata, sistem tersebut akan dipasang di lokasi yang sering berlaku kemalangan maut secara berperingkat.

“Sistem ini telah pun digunakan di beberapa negeri Pantai Barat dan dijangka diperkenalkan pula di negeri ini tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis sempena Hari Penguatkuasaan JPJ Kelantan di sini hari ini.

Tambah Abdul Ghani, kerja pemasangan alat kamera litar di bawah sistem AES itu telah diserahkan kepada pihak syarikat konsesi sebelum operasinya dimulakan tahun depan.

Beliau berkata, di bawah sistem itu, pihaknya juga telah mengenal pasti 50 tempat kawasan strategik untuk memasang kamera litar bagi mengesan pesalah jalan raya sama ada di kawasan lampu isyarat dan garisan berkembar.

“Dengan penguatkuasaan sistem itu diharap penguna jalan raya akan lebih berhati-hati dan berwaspada daripada melakukan kesalahan jalan raya,” katanya.

Selain itu Abdul Ghani berkata, pegawai yang menyamar dan kakitangan berpakaian preman akan diletakkan di kawasan strategik untuk mengesan pemandu melakukan kesalahan jalan raya, melanggar lampu isyarat serta memandu melebihi had laju.

Katanya, melalui gerakan itu pegawai dan kakitangan JPJ akan menghantar notis saman kepada pemilik kenderaan setelah kesalahan itu dirakamkan melalui kamera.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Abdul Ghani berkata, statistik penguatkuasaan jabatan itu mendapati kes pemandu yang melakukan kesalahan jalan raya tahun ini meningkat berbanding tahun lalu.

“Sepanjang tahun lalu, sebanyak 7,802 kenderaan telah diambil tindakan berbanding 18,728 kenderaan tahun ini, selain 14,007 kes bagi kesalahan tiada lesen memandu berbanding 25,168 tahun ini dan 1,183 kes lagi kesalahan tamat tempoh cukai jalan tahun lalu berbanding 2,368 kes tahun ini,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia, 18 Oktober 2012.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: