200,000 penunggang motosikal tiada lesen B2!

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Kira-kira 200,000 penunggang motosikal khususnya golongan belia yang berusia antara 17 sehingga 40 tahun di seluruh negara didapati TIDAK mempunyai lesen memandu.

Perkara itu didedahkan oleh Sekretariat Hal Ehwal Bandar Pemuda UMNO hasil kajian yang dilakukan organisasi itu sejak 10 tahun lalu.

Pengerusinya, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, antara faktornya ialah golongan itu tidak mampu membiayai kos belajar memandu yang tinggi dan kesedaran yang rendah terhadap keselamatan.

Katanya, selain itu ada juga yang tidak tahu teknologi maklumat (IT) untuk mengambil ujian berkomputer khususnya di kawasan kampung.

“Kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi membantu golongan ini. Jika dibiarkan perkara itu berterusan, ia akan memberi kesan yang lebih buruk seperti pengunaan lesen palsu atau tindakan mahkamah bakal diambil terhadap mereka,” katanya ketika ditemui di pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Tengku Azman, melalui kajian itu juga, pihaknya dimaklumkan terdapat kira-kira 300 individu yang dikehendaki polis berhubung kes menunggang motosikal tanpa lesen di Pekan, Pahang.

“Ini menunjukkan betapa buruknya kesan daripada perbuatan memandu tanpa lesen ini,” ujarnya.

Kata beliau, pihaknya juga mendapati terdapat syarikat-syarikat besar yang mengambil penghantar surat yang tidak berlesen dan menggunakan lesen palsu.

Jelasnya, sekretariat itu juga akan membawa perkara ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dibincangkan secara lebih terperinci.

“Kita akan mengemukakan beberapa cadangan bagi mengatasi isu ini dan mendengar sendiri pandangan daripada Perdana Menteri,” ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia, 17 Oktober 2012.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: