Kempen Pemanduan Berhemah 1Malaysia- Kaunter diserbu pemohon.

BATANG  KALI – Kira-kira 800 penduduk Bandar Utama Batang Kali berpusu-pusu untuk mendapatkan borang latihan memandu percuma yang ditawarkan menerusi Kempen Pemanduan Berhemah 1Malaysia.

Pengerusi Persatuan Penduduk Fasa 5 BUBK, Ruzi @ Nata Yusoff berkata, tawaran itu dibuka kepada mereka yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan dan layak mendapatkan lesen motosikal dan kereta.

“Peluang ini terbuka kepada semua penduduk kawasan ini dan kita anggarkan hanya 50 orang yang datang tetapi sambutan di luar jangkaan apabila hampir 1,000 yang datang.

“Borang yang disediakan pula hanya 200 sahaja, jadi bila ratusan yang datang dan masing-masing pula tak mahu lepaskan peluang menyebabkan keadaan sedikit kecoh tetapi terkawal,” katanya ketika ditemui pada taklimat kempen tersebut di sini semalam.

Turut hadir, Ketua Pengelola Sekretariat Pengurusan Latihan Pembangunan Inisiatif (Pelapis), Shaikh Hussin Shaikh Mahamud dan Pengerusi Persatuan Kebajikan Orang-Orang Miskin Selangor dan Kuala Lumpur (Perkom), Mohd Solleh Ibrahim.

Nata berkata, kehadiran itu sebenarnya menunjukkan ramai penduduk yang tidak mampu untuk mendapatkan lesen memandu namun dalam masa sama menjadi bukti masyarakat menyahut seruan menjayakan kempen tersebut.

Menurutnya, masyarakat menyambut baik usaha kerajaan dalam menjayakan kempen tersebut dan inisiatif memberikan peluang mengikuti latihan memandu secara percuma merupakan langkah wajar dalam memastikan usaha itu berjaya.

“Pihak berkuasa kerap mengadakan rondaan dan sekatan jalan di kawasan bandar ini dan penduduk yang tidak mempunyai lesen memandu terpaksa akur dengan tindakan mereka sama ada teguran sehinggalah mengenakan saman.

“Masalah ini tidak akan berkesudahan jika melihat faktor kekangan hidup kebanyakan penduduk, jadi kempen ini sedikit sebanyak membantu penduduk berpendapatan rendah untuk mendapatkan lesen memandu,” katanya.

Beliau berharap, pihak pengelola kempen tersebut membuka ruang seluasnya kepada penduduk kawasan tersebut terlibat dalam kempen yang dilaksanakan.

Menurutnya, kerjasama dengan Perkom juga diharap dapat memberi keutamaan kepada penduduk yang benar-benar layak menerima bantuan yang dianggarkan RM1,000 setiap seorang.

 

Sumber: Sinar Harian, 30 September 2012.

Satu Respons

  1. dimana sya nk dptkan borang pemanduan berkheman 1malaysia di kwsan selangor

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: