Jangan lupa baharui insurans, cukai jalan dan lesen memandu anda.

KUALA TERENGGANU 26 Sept. – Selain berkemungkinan disita, pemilik kenderaan yang tidak memperbaharui cukai jalan dan insurans juga bakal berhadapan dengan masalah lebih besar sekiranya kenderaan mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Ini kerana kegagalan untuk berbuat demikian pastinya menyukarkan usaha mereka menuntut insurans pada masa depan.

Amaran itu disuarakan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Abdul Rahman Emang Anyie kepada pengguna-penguna jalan raya, khususnya pemilik kenderaan di negeri ini yang masih memandang remeh perkara itu.

Menurut Abdul Rahman, ketika ini, tahap kesedaran dalam kalangan pemilik kenderaan, khususnya berkaitan pembaharuan cukai jalan, insurans dan lesen memandu di negeri ini masih belum tinggi.

“Bagaimanapun, dengan adanya operasi secara berterusan di beberapa kawasan ‘black spot’ (tumpuan) atau di sekitar jalan-jalan utama yang kerap berlaku kemalangan, kita yakin tahap kesedaran itu pasti meningkat.

“Tambahan pula, strategi ‘visible enforcement’ (penguatkuasaan secara terang-terangan) yang kita guna dapat dilihat oleh pengguna jalan raya, sekali gus membuatkan mereka lebih berhati-hati supaya tidak ditahan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui semasa menyertai Ops Bersama Pengarah JPJ di Jalan Kubang Badak berhampiran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari ini.

Dalam operasi yang memakan masa lebih empat jam itu, sebanyak 264 kenderaan telah diperiksa dan 100 daripadanya diambil tindakan.

Sebanyak 102 saman juga telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan sebahagian besarnya membabitkan lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh manakala lapan motosikal turut disita dalam operasi itu.

Sementara itu, Abdul Rahman memberitahu, daripada 98 motosikal yang diperiksa, 36 daripadanya telah dikenakan tindakan manakala sejumlah 37 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Sehubungan itu, beliau berharap agar semua pengguna jalan raya, khususnya penunggang motosikal lebih berhati-hati kerana kes yang melibatkan motosikal masih dianggap sebagai penyumbang utama kepada punca kemalangan jalan raya di sini.
Sumber: Utusan Malaysia, 27 September 2012.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: