AES rakam 63,558 imej pesalah trafik dalam satu minggu.

KUALA LUMPUR 4 Okt. – Sebanyak 63,558 imej kesalahan lalu lintas dirakam di seluruh negara melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak sistem itu beroperasi 23 Sept hingga 30 Sept lalu.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata imej itu kini dalam proses semakan dan pengesahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum saman dikeluarkan kepada pesalah lalu lintas itu.

“Memandangkan saman belum dikeluarkan di bawah pelaksanaan AES, maka tiada sebarang hasil yang dikutip setakat ini,” katanya ketika menjawab soalan Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) yang ingin tahu jumlah saman dan hasil sejak perlaksanaan AES, pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Abdul Rahim turut menafikan bahawa pengendali AES boleh sewenang-wenangnya merakam dan mendakwa pengguna jalan raya melakukan kesalahan atas faktor keuntungan, sebaliknya setiap rakaman akan disemak oleh JPJ terlebih dahulu.

“Apabila sesuatu kesalahan dilakukan, rakaman oleh pengendali operasi akan dianalisa dan disemak semula oleh JPJ sebelum saman dikeluarkan bagi memastikan kesalahan itu benar-benar berlaku. JPJ yang mengeluarkan saman bukan pengendali,” katanya.

 

 

Sumber: Utusan Malaysia, 4 Oktober 2012 dan Berita Harian, 5 Oktober 2012.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: