200 ‘mat rempit’ didenda tolak motosikal 6km

KUALA TERENGGANU 22 Sept. – Hampir 200 penunggang dan pembonceng motosikal khususnya remaja terpaksa menolak kenderaan masing-masing sejauh enam kilometer selepas ditahan dalam operasi Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sekitar bandar raya ini, awal pagi ini.

Operasi besar-besaran dijalankan oleh Unit Khas Pasukan Trafik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu bermula pukul 9 malam bertujuan menangani gejala mat rempit dan lumba haram.

Dalam operasi itu, 183 motosikal ‘dikepung’ sebelum kesemua penunggang dan pemboncengnya berusia 15 hingga 23 tahun terpaksa ‘menebalkan muka’ menolak kenderaan sehingga ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.

Kesemua mereka yang diiringi 55 kereta peronda polis bersama 105 anggota kemudian diambil keterangan dan menjalani ujian air kencing.

Hasil pemeriksaan, 87 saman dikeluarkan, manakala empat daripada yang ditahan positif mengambil dadah.

Ketua Operasi Unit Khas tersebut, Asisten Supritendan Khuzir Abd. Majit berkata, selain itu, sebanyak 63 buah motosikal disita atas pelbagai kesalahan manakala 96 buah lagi diberikan notis arahan untuk pemeriksaan semula.

“Tiga motosikal ditinggalkan pemiliknya yang sempat melarikan diri ketika operasi itu dijalankan,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini selepas tamat operasi.

Menurut Khuzir, pihaknya juga telah menahan 13 kereta dalam operasi yang sama dan satu daripadanya disita kerana pemiliknya tidak memiliki insurans kenderaan dan lesen memandu.

Sumber: Utusan Malaysia, 23 September 2012 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: