Pesanan JPJ: Tukar alamat terkini atau denda sehingga RM2,000.

MELAKA: Pemilik kenderaan dan pemegang lesen memandu yang bertukar alamat diminta memaklumkan alamat terkini kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi melicinkan urusan berkaitan.

Pengarah JPJ Melaka, Mohd Fadhil Hassan, berkata kegagalan berbuat demikian adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 58 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2011) yang boleh didenda tidak melebihi RM2,000.

Pesalah trafik yang menafikan menerima notis atau saman daripada pihak berkuasa kerana perbezaan alamat pada pangkalan data JPJ boleh disabitkan melakukan kesalahan mengikut seksyen tersebut.

“Orang ramai khususnya di Melaka boleh hadir ke kaunter JPJ yang berhampiran dalam tempoh dua bulan selepas berpindah ke tempat baru untuk menukar alamat terkini.

“Mereka juga boleh menghubungi talian 06-2328607 untuk keterangan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – BERNAMA, 27 Julai 2012.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: