Ops Bersepadu Aidilfitri 2012: JPJ sita lapan kenderaan

SEREMBAN 16 Ogos – Bagi membangkitkan kesededaran dan mengurangkan angka nahas jalan raya sempena Hari Raya Aidilfitri kali ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengadakan Ops Bersepadu di Plaza Tol Senawang dan Tol Setul di sini malam tadi.

Operasi yang dijalankan pukul 10 malam dan berakhir beberapa jam kemudian itu disasarkan kepada pengguna jalan raya yang sering menggunakan laluan berkenaan.

Pengarah JPJ negeri, Saiful Azzri Hamzah memberitahu, operasi yang dijalankan ini menyaksikan dua kereta dan enam buah motosikal disita.

“Dalam operasi ini, JPJ telah memeriksa 117 buah kereta dan 83 buah motosikal dan telah mengeluarkan 60 notis saman terhadap pengguna atas pelbagai kesalahan.

“Saman yang dikeluarkan itu melibatkan 33 buah kereta dan 27 buah motosikal yang tidak mematuhi peraturan jalan raya,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, antara kesalahan yang dikesan adalah tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan kesalahan teknikal seperti cermin gelap.

 

Sumber: Utusan Malaysia, 17 Ogos 2012.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: