Dek tiada lesen memandu & cukai jalan, tinggal kekasih tepi jalan

TAIPING: Bimbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melakukan sekatan jalan raya di Kilometer 3, Jalan Simpang, di sini, seorang lelaki bukan saja meninggalkan motosikalnya, malah juga kekasihnya di tepi jalan sebelum melarikan diri ke dalam semak, awal pagi semalam.

Dalam operasi kira-kira jam 1 pagi itu, lelaki berusia 30-an itu memberhentikan motosikal di bahu jalan sejurus terlihat sekatan JPJ bersama polis, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Imigresen Perak.

Tindakan lelaki itu menyebabkan kekasihnya terpinga-pinga terkejut apabila diambil keterangan oleh anggota JPJ selain motosikal itu turut disita.

JPJ percaya suspek melarikan diri kerana motosikal ditunggangnya tiada cukai jalan selain lelaki terbabit tiada lesen memandu.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ Malaysia, Datuk Ismail Ahmad berkata, operrasi bersepadu itu disasarkan terhadap motosikal yang menjadi penyumbang utama kemalangan maut pada tahun lalu.
Sumber: Harian Metro, 25 Ogos 2012.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: