Apa nak buat, pengguna jalanraya masih DEGIL.

KOTA BHARU: Pengguna jalan raya masih berdegil dan mengulangi kesalahan utama lalu lintas walaupun penguatkuasaan bagi kesalahan itu telah lama diketahui umum, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan.

Beliau berkata, keadaan ini dikenalpasti ketika operasi penguatkuasaan di seluruh negara semasa musim perayaan Aidilfitri tahun ini.

Kesalahan utama itu ialah memotong giliran, tidak memakai tali pinggang keledar, topi keledar, memotong di dua garisan berkembar, melanggar lampu isyarat lalu lintas, mengguna telefon bimbit semasa memandu dan menggunakan lorong kecemasan. 

Semasa operasi itu, beliau berkata JPJ menyaman 4,853 pemandu kenderaan dan menyita 67 kenderaan yang melakukan pelbagai kesalahan sejak 12 Ogos hingga Selasa lepas.

Jumlah saman itu hasil daripada pemeriksaan terhadap 36,229 kenderaan dan kesalahan tertinggi membabitkan lesen memandu iaitu 2,313 saman diikuti cukai jalan sebanyak 1,794 saman, katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, daripada 1,945 bas yang dinaiki anggota JPJ yang melakukan penyamaran, sebanyak 1,030 bas diambil tindakan kerana pelbagai kesalahan.

Bagi motosikal, beliau berkata, dalam tempoh itu, pihaknya menyaman 2,286 penunggang dan menyita 60 daripada 13,781 motosikal yang diperiksa. – BERNAMA, 23 Ogos 2012.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: