Ketua polis pun manusia juga.

Bekas ketua polis didakwa sebabkan kematian

SHAH ALAM 23 Julai – Bekas Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supritendan Mohamad Radzi Ishak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Trafik di sini hari ini atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian dua remaja, empat tahun lalu.

Mohamad Radzi, 54, yang berjaket coklat dan berseluar biru membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan tersebut dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Zilfinaz Abbas.

Mengikut pertuduhan, dia yang kini bertugas di Ibu Pejabat polis Bukit Aman didakwa telah memandu kenderaan bernombor pendaftaran BKA 8411 dengan cara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Muhammad Luqman Hakim Mohamad dan Muhamad Khairol Khaizuran Mohammed Sani.

Kedua-dua mangsa berusia 15 tahun, sedang menunggang motosikal ketika kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11.45 malam, 14 September 2008 di Jalan Kebun di sini.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000 serta lesen memandu digantung.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aida Mastura Mohamed Aman manakala tertuduh diwakili peguam-peguam bela, Mohamad Daud Ismail dan Alfred Egin.

Pendakwaan mencadangkan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan lesen memandu pegawai kanan polis itu digantung sehingga kes selesai.

Mohamad Daud yang tidak membantah jumlah ikat jamin itu bagaimanapun memohon agar lesen memandu anak guamnya tidak digantung memandangkan tertuduh terpaksa berulang alik dari kediamannya di Bukit Beruntung dekat sini ke Bukit Aman setiap hari.

Di samping itu, tertuduh merupakan satu-satunya individu yang boleh memandu di dalam keluarganya turut perlu menghantar adik iparnya yang lumpuh untuk rawatan di hospital tiga kali seminggu, katanya.

Rayuan itu dibantah oleh Aida Mastura yang menyatakan pertuduhan yang dihadapi oleh Mohamad Radzi membabitkan kematian dua remaja dan merupakan kesalahan serius.

Selepas mempertimbangkan hujah dan rayuan kedua-dua pihak, Zilfinaz menetapkan ikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin manakala lesen memandu tertuduh tidak digantung.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 7 September ini.

 

Sumber: Utusan Malaysia, 24 Julai 2012.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: