JPJ Johor pantau 12 jalan maut sepanjang Aidilfitri

JOHOR BAHARU 10 Ogos – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor akan menumpukan pemantauan ke atas 12 jalan maut di negeri ini menerusi penguatkuasaan perayaan Aidilfitri kali ini.

Pengarahnya Johari Yusof berkata penguatkuasaan di jalan persekutuan itu hanya dilakukan secara rondaan selama 24 jam oleh anggota yang ditetapkan dan tidak melibatkan sekatan jalan raya.

“Laluan berbahaya itu membabitkan

1) KM20 Jalan Johor Baharu-Air Hitam,

2) KM21 Jalan Johor Baharu-Pontian,

3) KM20 Lebuh Raya Pasir Gudang-Perling,

4) KM21 Jalan Muar-Pagoh dan

5) KM140 Jalan Johor Baharu-Melaka.

6)  KM10 Jalan Kesang-Muar,

7) KM15 Jalan Segamat-Kuantan,

8) KM18 Simpang Lima Parit Sulong,

9) KM10 Jalan Kluang-Air Hitam-Batu Pahat,

10) KM49 Jalan Johor Baharu-Air Hitam,

11) KM71 Jalan Johor Baharu-Mersing dan

12) KM2 Jalan Johor Baharu-Kota Tinggi,” katanya di sini hari ini.

Johari berkata penguatkuasaan selama dua minggu bermula Ahad ini sehingga 26 Ogos depan itu akan disertai 185 anggota dan pegawai dengan menumpukan kepada beberapa kesalahan utama termasuk memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat, memotong garisan berkembar dan memandu dalam keadaan berbahaya.

Beliau berkata penguatkuasaan juga akan ditumpukan terhadap larangan kenderaan berat, bas ekspres serta bas tambahan yang merangkumi pemeriksaan teknikal bas dan pemeriksaan air kencing ke atas pemandu bas ekspres di terminal.

Katanya operasi khas motosikal bersepadu juga akan dilakukan pada 5, 15 dan 23 Ogos di laluan tumpuan utama bersama beberapa agensi berkaitan memandangkan lebih 60 peratus kemalangan maut di jalan raya adalah membabitkan kenderaan tersebut. – BERNAMA, 10 Ogos 2012.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: