Saman serta-merta: Masih cadangan.

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Langkah menguatkuasakan peraturan yang mewajibkan setiap pesalah lalu lintas membayar saman serta-merta masih di peringkat cadangan.

Sehubungan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, banyak perkara yang perlu dikaji sebelum cadangan itu dilaksanakan.

“Biarlah kami bincang dan nilai dahulu keberkesanan sistem ini, dan adakah ia wajar dilaksanakan atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Bazar Ramadan di Bangsar di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam bersama Agensi Penguat Kuasa Pengangkutan Awam, Tun Zaki Azmi menyarankan kerajaan menguatkuasakan peraturan yang mewajibkan setiap pesalah lalu lintas membayar saman serta-merta sebagai langkah untuk mendidik masyarakat mematuhi undang-undang jalan raya.

Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, cadangan menguatkuasakan pembayaran saman serta-merta bagi kesalahan lalu lintas perlu kajian mendalam sebelum boleh dilaksanakan oleh mana-mana pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara ini.

Beliau berkata, sekiranya cadangan tersebut dilaksanakan, inisiatif itu juga perlu dimulakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terlebih dahulu sebelum diperluaskan kepada PBT.

“Kita kena tengok dahulu, tidak perlu serta-merta (cadangan ini dilaksanakan). Kita kena tengok bagaimana sistem dan mekanismenya,” katanya ketika dihubungiUtusan Malaysia di sini hari ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: