Program Satu Komuniti Satu JPJ ( SKSJ) diteruskan.

BACHOK 4 Jun – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terus meningkatkan usaha untuk memberi perkhidmatan cemerlang di kawasan luar bandar dan pedalaman menerusi Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ).

Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan berkata, program yang dilancarkan sejak 2009 itu berkonsepkan mesra rakyat bagi mengikis tanggapan pengguna terhadap fungsi JPJ dan kakitangannya yang bukan hanya melibatkan bidang penguatkuasaan tetapi membantu pengguna dalam pelbagai hal.

Menurutnya, ini termasuk memberi bimbingan dan latihan kepada rakyat berusia 45 tahun khususnya di luar bandar serta mendapatkan lesen dengan lebih mudah mengikut prosedur ditetapkan.

Beliau berkata, kelonggaran bagaimanapun diberikan kepada masyarakat Orang Asli berusia 21 tahun ke atas untuk mengikuti SKSJ bagi mendapatkan lesen memandu dengan bayaran sebanyak RM150, lebih rendah berbanding dikenakan pengusaha sekolah memandu.

“Menerusi program itu mereka tidak perlu berurusan dengan pengusaha kelas memandu atau ke kaunter JPJ untuk mendapatkan lesen percubaan kelas ‘P’ bagi motosikal, tetapi didaftarkan secara berkelompok.

“Program ini lebih dikenali sebagai usaha membawa perkhidmatan ke pangkuan masyarakat, di samping memberi peluang kepada kakitangan JPJ memahami masalah pengguna dari segi dasar dan peraturan yang selama ini ditetapkan oleh jabatan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup SKSJ daerah Bachok di Sekolah Kebangsaan (SK) Beris Panchor dekat sini hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan Tim balan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin. Hadir sama Pen garah JPJ Negeri, Ghani Mat Yassin.

Seramai 480 penduduk terdiri daripada nelayan dan petani berjaya menamatkan kursus selama dua hari dan menerima lesen memandu mereka.

Menurut Solah, JPJ negeri diminta melaksanakan Program SKSJ sebanyak tiga kali setahun dengan fokus utama di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Bagi JPJ negeri Kelantan, katanya, program tersebut telah dijalankan sebanyak dua kali selepas program perkhidmatan mesra rakyat di Padang Awam Pos Brooke Lojing, Gua Mu sang Mac lalu.

Solah berkata, menerusi pelaksanaan program itu, JPJ yakin dapat mengurangkan kadar kemalangan membabitkan penunggang motosikal yang melibatkan hampir 7,000 orang setiap tahun.

“Penunggang dan pembonceng bermotosikal seharusnya lebih ber hati-hati kerana mereka terdedah ke pada risiko kemalangan berbanding pemilik kenderaan yang lebih besar,” nasihat beliau.

 

 

Sumber: Utusan Malaysia, 5 Jun 2012.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: