Luar negara: Susahnya wanita Afghanistan nak dapat lesen memandu.

Cabaran pemandu wanita Afghanistan

SEBAIK sahaja kerajaan Taliban Afghanistan tumbang, Shakila Naderi terus nekad untuk belajar memandu dengan meminta supaya suami mengajarnya.

Dia yang kini merupakan satu-satunya pengajar memandu wanita di Kabul, bertanggungjawab mengajar kemahiran yang jarang-jarang dimiliki kaum wanita di negara itu.

“Lelaki melarang wanita memandu. Tetapi jika dahulu saya tidak takutkan mereka, maka sekarang juga saya tidak takut,” katanya yang mengendalikan sekolah memandu yang terletak di tengah-tengah pusat bandar Kabul.

Naderi membuka sekolah itu empat tahun lalu dengan suaminya Iqbal Khan, yang merupakan seorang pemandu teksi yang simpati dengan golongan wanita di negara itu kerana terpaksa bersusah-payah untuk mendapatkan pengangkutan.

Sudah menjadi budaya di Afghanistan kaum wanita tidak akan bercakap dengan mana-mana lelaki selain saudara mereka.

Tetapi kini, kaum wanitanya semakin mendapat hak seperti pendidikan, mengundi dan bekerja sejak sedekad lalu. Namun ia masih jauh berbanding dengan apa yang dinikmati lelaki.

Wanita di negara itu masih berhadapan dengan diskriminasi oleh lelaki termasuk sering mendapat gangguan fizikal ketika berasak-asak dalam bas mini – satu-satunya pengangkutan awam yang ada.

Apabila Sekolah Memandu Naderi di buka, Naderi menerima ancaman daripada daripada puak-puak konservatif yang menganggap wanita yang memandu bertentangan dengan Islam.

Malah aktivitinya juga sering diganggu oleh golongan lelaki yang sukar menerima penguasaan mereka dalam bidang yang kononnya hanya untuk lelaki.

Malah pihak keluarga juga melarang anak gadis mereka memandu kerana bimbang akan terjerumus ke arah maksiat.

Malah dua orang anak perempuan Naderi sendiri dilarang oleh suami mereka daripada belajar memandu.

Salah seorang pelajar Naderi, Khanun Gul Obedi, 46, berkata, dia belajar memandu kerana mahu mengawal hidupnya sendiri.

Ibu kepada dua orang anak itu mempunyai suami yang cacat terpaksa berjalan kaki berjam-jam setiap hari untuk menghantar anaknya ke sekolah dan membeli makanan.

“Saya tidak pernah membaca apa juga buku dalam hidup saya selain a-Quran. Saya tidak pernah melangkah masuk pintu sekolah.

“Saya berkahwin dan rasa seperti dipenjarakan.Tetapi sekarang saya sudah boleh kawal hidup saya sendiri dan rasa seperti telah dibebaskan,” katanya yang buta huruf sama seperti majoriti wanita di Afghanistan.

Pada permulaan, Sekolah Memandu Naderi hanya mempunyai seorang hingga lima pelajar untuk kursus memandu selama 36 hari yang merupakan prasyarat untuk memohon lesen memandu.

Tetapi sekarang jumlah pelajarnya mencecah 80 orang, dan sesetengahnya datang dari wilayah berhampiran.

Dalam bilik yang penuh dengan alat ganti kereta dan berbau dengan minyak gris, Naderi juga mengajar wanita untuk berhadapan dengan masalah kereta rosak.

Disebabkan ramai yang buta huruf, Naderi dan Suaminya terpaksa membaca dengan kuat panduan memandu kepada para pelajar. Kira-kira 80 peratus wanita di Afghanistan tidak boleh membaca dan menulis.

Usaha Naderi itu sememangnya berbaloi. Pada tahun lalu pihak berkuasa pengangkutan di Kabul telah mengeluarkan 312 lesen memandu kepada wanita.

Kawasan Herat di barat dan Mazar-e-Sharif di utara masing-masing mengeluarkan 64 dan 48 lesen memandu untuk wanita yang mana mereka diajar oleh wanita lain dan ada juga diajar oleh lelaki.

Sekolah Memandu Naderi itu disokong oleh kerajaan yang menggalakkan wanita yang bekerja menyertainya.

Namun, itu tidak bermakna Naderi terlepas daripada gangguan kaum lelaki yang tetap merasakan haram bagi wanita memandu.

Sebab itu sering kali papan iklan di sekolah memandunya itu dirosakkan oleh golongan tersebut.

Lelaki mengganggu saya kerana saya mahu memandu. Tetapi ayah dan abang menggalakkan saya memandu,” kata pelajar kolej Mersal Nawabi, 21.

Obedi juga berkata, dia tidak akan sama sekali belajar memandu dengan lelaki.

“Ini Afghanistan, orang akan bercakap mengenainya, jadi dengan belajar daripada pengajar wanita tidak ada apa yang boleh diperkatakan,” kata Obedi.

Ketika Naderi keluar dari sekolah memandunya menuju ke kereta sekumpulan lelaki menjerit. “Hei! Kami juga boleh memandu.”

“Saya bertindak balas terhadap mereka seperti mana yang dilakukan lelaki. Saya keluar dari kereta dan jerit kembali dan saya tampar salah seorang daripada mereka dengan kuat hingga berdarah. Kemudian saya masuk semula ke dalam kereta saya untuk mengajar seorang pelajar perempuan,” kata Naderi. – REUTERS, 25 Mei 2012.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: