Kemalangan maut MENINGKAT dalam 3 tahun & laporan SKSJ Khas di Miri.

MIRI 30 Mei – Masyarakat negeri ini digesa mengutamakan keselamatan jalan raya kerana statistik menunjukkan berlakunya peningkatan kes kematian akibat kemalangan dalam tempoh tiga tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata, pada 2010 terdapat 327 kematian manakala pada tahun lalu pula seramai 442 orang dilaporkan maut dalam kemalangan jalan raya di seluruh negeri ini.

“Sepanjang Ops Sikap sempena Tahun Baru Cina awal tahun ini pula, seramai 12 orang maut akibat kemalangan jalan raya di seluruh Sarawak.

“Menurut kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), remaja berusia antara 16 hingga 20 tahun adalah penyumbang kepada bilangan kemalangan maut paling tinggi dan ini amat membimbangkan kita semua”, katanya.

Beliau berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Khas di Long Banga, dekat sini baru-baru ini.

Sempena program SKSJ Khas itu, seramai 175 penduduk setempat berjaya mendapat lesen memandu percubaan motosikal kelas B2.

Dalam pada itu, Solah berkata, kerajaan terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat kemalangan iaitu RM1.2 juta bagi setiap kemalangan maut dan RM120,000 bagi setiap kecederaan parah.

Pada masa sama katanya, keluarga mangsa kemalangan juga turut merasai beban emosi terutama kerana kehilangan orang tersayang.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua peserta SKSJ Khas Long Banga yang berjaya mendapat lesen memandu percubaan B2 supaya sentiasa berhati-hati ketika menunggang motosikal dan turut mengambil kira keselamatan pengguna jalan raya lain.

Jika menunggang motosikal amalkan memakai topi keledar dan ikat dengan cara yang betul walaupun untuk perjalanan yang dekat.

“Ini kerana pengguna motosikal adalah golongan berisiko tinggi kerana hampir 60 peratus kematian kemalangan jalan raya melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal,” katanya.

Sementara itu, Solah berkata, di negeri ini terdapat kira-kira 32 lokasi atau laluan kerap berlaku kemalangan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan masyarakat supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika berada di jalan raya bagi mengelakkan daripada terlibat dalam kemalangan.

“Patuhilah peraturan lalu lintas seperti mana yang telah diajar oleh anggota-anggota JPJ ketika anda menjalani ujian pemanduan sebelum ini,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia, 31 Mei 2012.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: