Pengumuman: Program SKSJ seterusnya pada 26 dan 27 Mei 2012.

MELAKA 5 April – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri akan menganjurkan program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas dijangka pada 26 dan 27 Mei depan.

Pengarahnya, Mohd. Fadhil Hassan berkata, program itu dianjurkan bagi membantu masyarakat luar bandar berusia 45 tahun ke atas termasuk Orang Asli berpeluang memiliki lesen motosikal kelas B2.

“Program ini dilihat sebagai wadah untuk mendekatkan JPJ dengan masyarakat setempat selain memberikan kemudahan kepada golongan tertentu untuk mudah mereka memperolehi lesen B2,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, orang ramai yang berminat boleh menyertai program tersebut boleh menghubungi Saipul Bahri Abd. Rahman di talian 019-6674563 atau 06-2328677 atau Mohd. Hairen Rahim di talian 019-6620888 atau 06-2328621.

Info dipetik dari Utusan Malaysia, 6 April 2012.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: