SKSJ: Warga emas, Orang Asli di Kuala Lipis dapat lesen memandu

KUALA LIPIS 18 Mac – Seramai 447 warga emas serta Orang Asli sekitar kawasan Merapoh dan Padang Tengku dekat sini yang sebelum ini tidak mempunyai lesen motosikal, gembira apabila berjaya memperolehinya daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Mereka memperoleh lesen itu selepas menduduki ujian lesen kelas B2 sempena Program Satu Komuniti Satu JPJ bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Tengku tahun ini.

Majlis penutup program tersebut disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Abdul Rahman yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad dan Pengarah JPJ Pahang, Datuk Zakaria Man.

Menurut Ismail, program itu merupakan salah satu usaha JPJ memudahkan orang ramai khususnya warga emas mendapatkan lesen memandu yang sah di samping menyemai sikap mematuhi undang-undang jalan raya.

“Proses untuk mendapatkan lesen adalah seperti biasa, bezanya petugas JPJ turun padang menemui penduduk,” katanya selepas majlis berkenaan di sini baru-baru ini.

Katanya, kemudahan itu memberi peluang penduduk terbabit yang rata-ratanya menunggang motosikal tanpa lesen untuk mendapat bimbingan tanpa perlu berurusan di pusat ujian JPJ di Raub dan Temerloh.

Dalam pada itu seorang peserta Orang Asli, Din Karu, 40, berkata, dia mula menunggang motosikal tanpa lesen sejak 2001 dan tidak mengambil lesen kerana tidak tahu membaca.

“Terus terang saya tidak tahu membaca dan menggunakan komputer, jadi bagaimana saya hendak menduduki ujian bertulis lesen memandu. Sebab itu saya terus mendaftar sebaik sahaja mendapat tahu JPJ mengadakan kempen memudahkan warga emas memperoleh lesen,” katanya.

Bagi seorang penduduk Merapoh, M. Santhi, 42, dia tertarik menyertai program tersebut kerana ia memberi kelonggaran kepadanya untuk menduduki ujian undang-undang jalan raya dan ujian memandu.

Sumber: Utusan Malaysia, 19 Mac 2012.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: