Luar negara: Bila keliru antara pedal brek dan minyak…

Kereta guru rempuh 15 murid tadika

MEDAN (Indonesia): Polis di barat Indonesia berkata mereka sedang menyiasat kes seorang guru yang merempuh sekumpulan pelajar dengan kereta yang dipandunya.

Kemalangan yang berlaku semalam itu menyebabkan sekumpulan pelajar termasuk 15 kank-kanak tadika tercedera.

Menurut Timbalan Ketua Polis Medan di wilayah Sumatera Utara, Leftenan Kolonel Pranyoto, guru itu sedang mengundurkan kereta Toyota Avanza berwarna kelabu miliknya dari lot letak kereta dalam kawasan sekolah Perguruan Buddhis Boddhicitta, Medan, Sumatera Utara.

Namun, katanya, guru berusia 22 tahun dan hanya dikenali sebagai Marini itu keliru antara pedal minyak dengan brek.

Akibatnya, beliau merempuh sekumpulan 15 kanak-kanak tadika yang sedang bersenam sekitar 8.30 pagi (waktu tempatan).

Cik Marini yang dipercayai panik setelah melanggar kumpulan kanak-kanak itu kemudian menggerakkan keretanya ke hadapan.

Namun, keretanya merempuh tembok dan mencederakan dua pelajar sekolah menengah pula yang secara kebetulan lalu di situ.

Kesemua kanak-kanak tadika serta dua pelajar sekolah menengah yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Columbia Asia, Jalan Listrik, Medan.

Beberapa pelajar cedera di kepala dan lima pelajar patah tulang. Tiga pelajar berada dalam keadaan kritikal.

Menurut Dr Kimiyanto, salah seorang doktor yang merawat kumpulan pelajar itu, pelajar yang mengalami cedera ringan telah pun dibenarkan pulang.

Sementara itu, Leftenan Kolonel Pranyoto berkata pihaknya masih belum dapat menyoal Cik Marini kerana dia masih trauma.

Katanya, Cik Marini kini ditahan dan akan hanya disoal siasat setelah keadaannya lebih tenang.

Menurut Ketua Jabatan Lalulintas Medan, Encik Kompol Rasya, Cik Marini boleh dikenakan tuduhan melakukan kecuaian sehingga menyebabkan mangsa cedera yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun. — Agensi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: