20 tahun menunggang motosikal tanpa lesen, akhirnya warga emas dapat lesen melalui SKSJ

TASEK GELUGOR 25 Feb. – Setelah lebih 20 tahun menunggang motosikal tanpa lesen, seorang warga emas akhirnya berjaya memiliki lesen selepas lulus ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui program Satu Komuniti Satu JPJ di Sekolah Kebangsaan (SK) Pokok Sena di sini hari ini.

Desa Ariffin, 74, dari Sungai Lokan, Sungai Dua di sini berkata, lesen B2 ini amat bermakna dalam kehidupannya dan selepas ini akan mengambil lesen kereta.

“Saya sudah 20 tahun menunggang motosikal dan memandu kereta tanpa memiliki lesen yang sah dan pernah menduduki ujian untuk mendapatkan lesen sebanyak tiga kali, tetapi gagal.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan dan JPJ kerana program ini membantu saya mendapatkan lesen dan ia amat bermakna kepada saya dan rakan-rakan lain,” katanya ketika ditemui selepas majlis penutup program Satu Komuniti Satu JPJ di Parlimen Tasek di Sekolah Kebangsaan (SK) Pokok Sena dekat sini hari ini.

Majlis penutup disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Seramai 259 penduduk mendapat lesen B2 melalui program tersebut.

Nor Mohamed berkata, program Satu Komuniti Satu JPJ membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap masalah yang dihadapi rakyat.

“Kita selalu fikir selain politik, dasar dan falsafah ekonomi dan penjanaan ekonomi negara tetapi pada masa yang sama kita lupakan perkara kecil.

“Masalah kecil ini jika tidak diselesaikan dengan bijaksana dan cekap akan menjadi masalah kepada rakyat dan menjadi satu kekangan dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan keselesaan hidup rakyat,” katanya.

 

Sumber: Utusan Malaysia, 25 Februari 2012.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: