Luar negara: Remaja 15 tahun pandu 1,200 km untuk pujuk teman wanita

JERMAN: Seorang remaja Jerman berusia 15 tahun yang patah hati, mencuri kereta bapanya dan memandu sejauh 1,200 kilometer dari Austria ke utara Jerman untuk memujuk teman wanitanya, semalam.

Polis Jerman berkata, remaja itu yang sedang bercuti dengan keluarganya di Austria telah bertengkar dengan teman wanitanya di laman sosial.
Teman wanitanya berada di Flensberg, dekat dengan sempadan Jerman-Denmark.

 

Remaja lelaki itu terus mengambil kunci kereta baru bapanya dan memandu selama dua hari ke Flensburg.
Keluarga remaja terus menelefon polis tetapi tidak menemui remaja itu sepanjang perjalanan ke sana. Remaja itu ditahan sebaik saja tiba di rumah kawannya di Flensburg. Remaja itu akan didakwa kerana memandu tanpa lesen.
Umur memandu minimum di Jerman adalah 17 tahun dan dapat lesen memandu apabila berumur 18 tahun. – AFP.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: