JPJ kutip lebih RM3.1 bilion dalam 2011

PUTRAJAYA 18 Jan. – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya mengutip lebih RM3.1 bilion melalui pelbagai urusan berbayar pada tahun lalu dengan RM2.18 bilion daripadanya menerusi pengeluaran lesen kenderaan motor.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, hasil tersebut mengatasi kutipan kategori urusan lain iaitu lesen memandu (RM376.82 juta), tender nombor pendaftaran (RM180.77 juta), pendaftaran kenderaan (RM145.46 juta), pertukaran hak milik (73.01 juta) dan lain-lain (RM210.45 juta).

”Kutipan JPJ pada 2011 telah mencatatkan peningkatan sebanyak 9.31 peratus berbanding RM2.9 bilion yang dikutip pada tahun sebelumnya,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, lebih 1.2 juta kenderaan baru didaftarkan di seluruh negara tahun lalu selari dengan keadaan ekonomi negara yang rancak membangun.

Daripada jumlah kenderaan yang didaftarkan itu, katanya, 49.06 peratus merupakan kereta, motosikal (44.74 peratus), kenderaan barangan (3.28 peratus), teksi (0.41 peratus), kereta sewa pandu sendiri (0.29 peratus), bas (0.2 peratus) dan lain-lain (2.02 peratus).

”Jumlah pendaftaran kenderaan baru menunjukkan peningkatan 4.66 peratus berbanding 2010, pendaftaran kenderaan baru yang tertinggi telah dicatatkan di Kuala Lumpur,” katanya.

Dalam pada itu, Cho Ha menjelaskan, peratus peningkatan kenderaan baru pada 2011 tidak sebaik kadar peningkatan pada 2010 kerana menerima kesan banjir besar di Thailand dan tsunami di Jepun.

Beliau bagaimanapun berkata, jumlah pemandu baru di Malaysia terus meningkat dengan sebanyak 527,198 pemandu mendapat lesen memandu percubaan (CDL) pada tahun lalu menjadikan pemandu terkumpul di negara ini meningkat kepada 12.76 juta orang.

”Setakat Disember lalu, Malaysia mempunyai 182 institut dan 221 sekolah memandu yang aktif,” katanya.

 

 

Sumber: Utusan Malaysia, 19 Januari 2012.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: