JPJ akan adakan lebih banyak ops bersepadu.

KOTA BHARU 21 Jan. – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan akan mengadakan lebih banyak Operasi Bersepadu Khas sempena musim perayaan ini terutama terhadap penunggang motosikal yang didapati paling banyak melanggar undang-undang jalan raya.

Pengarah JPJ negeri, Abdul Ghani Che Kasim berkata, operasi membabitkan empat lagi agensi penguat kuasa iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) itu bagi memberi kesedaran kepada penunggang motosikal mengenai aspek keselamatan.

Sementara itu, dalam operasi pertama yang diadakan di beberapa tempat termasuk berhadapan Akademi JPJ Wilayah Timur di sini malam tadi, sebanyak 100 saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal yang melakukan pelbagai jenis kesalahan.

“Pihak penguat kuasa membuat pemeriksaan terhadap 921 motosikal dan hasilnya 166 diambil tindakan, daripada jumlah itu sejumlah 100 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Kebanyakan kesalahan membabitkan lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh serta kesalahan teknikal seperti tiada cermin sisi dan ekzos tidak mengikut peraturan,” katanya ketika ditemui selepas operasi tersebut.

Operasi bersepadu itu diadakan di beberapa jalan utama sekitar bandar ini iaitu Jalan Kuala Krai, Jalan Pengkalan Chepa menghala pusat bandar dan Kampung Chica di Kubang Kerian.

Pemeriksaan bermula pada pukul 8.30 malam hingga 12 tengah malam itu membabitkan sejumlah 98 anggota daripada lima agensi terlibat.

 

Sumber: Utusan Malaysia, 22 Januari 2012.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: