278 penunggang motosikal disaman di JB.

JOHOR BAHRU 21 Jan. – Sebanyak 278 saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor di tiga lokasi sekitar bandar raya ini malam tadi.

Ketua Penolong Penguatkuasa Bahagian Penguatkuasa JPJ Johor, Abdullah Hashim berkata, daripada jumlah saman dikeluarkan, seramai 131 daripada mereka didapati tidak memiliki lesen memandu.

Beliau berkata, Ops Motosikal selama empat jam bermula pukul 8 malam itu menyaksikan masih ada segelintir penunggang motosikal menunggang tanpa memikirkan faktor keselamatan dan undang-undang.

“Sebanyak 1,936 motosikal diperiksa dan 67 saman dikeluarkan atas kesalahan kenderaan tidak memiliki cukai atau cukai tamat tempoh.

”Sebanyak 24 lagi disaman kerana kesalahan teknikal iaitu mengubahsuai kenderaan tanpa kebenaran.

“Kita juga mensita 16 buah motosikal disita untuk tindakan selanjutnya dalam operasi melibatkan 109 pegawai dan anggota termasuk daripada Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR),” katanya.

Tambah Abdullah, Ops Motosikal juga diadakan di beberapa daerah lain termasuk Muar, Tenang, Batu Pahat dan Kluang.

Operasi itu katanya, bertujuan menyedarkan orang ramai terutama penunggang motosikal tentang keselamatan dan undang-undang jalan raya.

 

 

Sumber: Utusan Malaysia, 22 Januari 2012.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: