129 saman dikeluarkan di Terengganu.

KUALA TERENGGANU 21 Jan. – Sebanyak 129 notis saman dikeluarkan kepada pengguna kenderaan atas pelbagai kesalahan dalam operasi sempena Tahun Baru Baru Cina oleh pihak berkuasa malam tadi.

Operasi bersepadu yang disasarkan di tujuh lokasi itu melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Pengarah JPJ negeri, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, notis saman itu dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 408 buah kenderaan yang telah ditahan.

Terdapat 55 kes yang melibatkan kesalahan berkaitan lesen memandu, 31 kes berkaitan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan lain-lain kesalahan yang berjaya dikesan pula sebanyak 297 kes.

“Empat buah motosikal turut disita dalam operasi yang bermula dari pukul 8 hingga 12 malam itu dan pihak AADK juga berjaya mengesan 16 pengguna kenderaan yang disyaki terlibat dengan pengambilan dadah,” katanya kepada pemberita semasa mengadakan operasi sekatan jalan raya berhampiran Pantai Batu Burok di sini malam tadi.

Operasi juga ditumpukan di Kampung Batas Baru, Kampung Wakaf Beruas, Dewan Sivik Pasir Panjang, Jalan Tok Kaya, Masjid Durian Burung, Jalan Panji Alam dan jalan berhampiran Hotel Grand Continental di sini.

Ia melibatkan 100 anggota penguat kuasa yang terdiri daripada 50 anggota JPJ, 40 anggota trafik serta 10 anggota AADK.

Dalam pada itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Supritendan Alias Hashim ketika ditemui berkata, sebanyak enam kes kemalangan maut berlaku sepanjang Ops Sikap sempena Tahun Baru Cina di negeri ini sehingga semalam.

Katanya, sebahagian besar daripada kes itu melibatkan pengguna yang memandu terlalu laju sehingga mengakibatkan kenderaan sukar dikawal sebelum terbabas.

“Justeru, saya nasihatkan kepada pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal supaya sentiasa berhati-hati terutamanya pada waktu kemuncak ini Tahun Baru Cina.

“Ini kerana jumlah kenderaan akan menjadi berlipat kali ganda khususnya di jalan negeri dan jalan bandaran pada waktu berkenaan,” ujar beliau.

 

 

Sumber: Utusan Malaysia, 22 Januari 2012.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: