100,773 saman dalam 5 hari Ops Sikap ke-25.

PETALING JAYA: Bagi tempoh lima hari Ops Sikap ke-25 dilancarkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengeluarkan 100,773 saman membabitkan pelbagai kesalahan kepada pengguna jalan raya.

Angka berkenaan menunjukkan peningkatan mendadak lebih 50 peratus berbanding hanya 55,578 saman dalam tempoh sama tahun lalu.
Antara saman yang dikeluarkan ialah kesalahan memandu di lorong kecemasan, melebihi had laju, memotong di garisan berkembar, melanggar lampu isyarat dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

 

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Wira Salleh Mat Rashid berkata, tindakan menyaman pengguna jalan raya yang masih berdegil melanggar undang-undang jalan raya sebagai langkah peringatan kepada mereka.
Menurutnya, pihaknya memandang serius kadar kemalangan maut jalan raya dan saman yang dikeluarkan meningkat sehingga 50 peratus bagi seluruh negara.
“Sepanjang lima hari Ops Sikap dilancarkan, hasil penguatkuasaan kami mendapati pengguna jalan raya masih gagal mengubah sikap dan tegar melakukan kesalahan tanpa mengambil kira faktor keselamatan.

 

 “Mereka hanya patuh pada arahan sebaik menyedari kehadiran polis di lebuh raya. Saya harap pengguna lebih peka dan mahu mengubah sikap,” katanya kepada pemberita ketika lawatan tapak sempena Ops Sikap di Hentian Sungai Buloh, di sini, semalam.

Salleh turut mengadakan lawatan di Restoran Jejantas Sungai Buloh sebagai satu cara beliau dan pegawainya menasihati pengguna supaya lebih berhati-hati dan mematuhi peraturan ditetapkan.

 

Katanya, jumlah kemalangan yang dicatatkan sepanjang lima hari ini juga turut meningkat sebanyak 8.5 peratus iaitu 6,083 berbanding 6,602 tahun lalu.
Salleh berkata, walaupun meningkat daripada segi kemalangan, jumlah kematian menurun iaitu 58 orang berbanding 59 tahun lalu.
“Daripada jumlah itu, penunggang dan pembonceng motosikal mencatatkan kematian paling tinggi iaitu 29 orang daripada jumlah keseluruhan,” katanya.
Salleh jugaturut menawarkan hadiah kepada pemandu bas yang mematuhi peraturan ditetapkan, termasuk memiliki lesen dan memandu mengikut had laju ditetapkan.
Katanya, tawaran itu hanya membabitkan pemandu bas yang menggunakan lebuh raya, namun enggan mendedahkan jenis hadiah ditawarkan.
“Kita bukan bagi hadiah serta-merta, sebaliknya akan diberikan selepas berakhirnya Ops Sikap. Ini kali pertama tawaran hadiah dibuat bagi menggalakkan pemandu bas mematuhi arahan jalan raya,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro, 22 Januari 2012.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: