Warga emas Jeli dapat lesen motosikal melalui SKSJ.

JELI 31 Dis. – Seramai lebih 150 warga emas di Kampung Ayer Lanas di sini gembira apabila berjaya memiliki lesen motosikal selepas lulus ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di kampung itu melalui program Satu Komuniti Satu JPJ.

Bagi Jusuh Awang, 62, ia menjadi hari yang amat bermakna dalam hidupnya apabila menerima lesen tersebut daripada pegawai JPJ memandangkan selama ini dia tidak pernah terfikir untuk memilikinya.

“Saya orang kampung, duit tidak cukup, jadi bila boleh dapat lesen lebih murah melalui program seperti ini amat bermakna kepada saya dan rakan-rakan yang turut menerimanya.

“Selama berpuluh tahun saya menunggang motosikal tetapi tidak pernah memiliki lesen. Jadi, bermula hari ini saya membawa lesen motosikal ke mana sahaja,” katanya ketika ditemuiMingguan Malaysia pada Majlis Penutupan Program SKSJ di Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas di sini, semalam.

Program tersebut dirasmikan Setiausaha Politik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Azmi Setapa.

Hadir sama, Pengarah Korporat dan Penyelidikan JPJ, Zamri Ali dan Pengarah JPJ Kelantan, Ab. Ghani Che Kassim.

Seorang lagi penerima, Mohamed Noor Daud, 65, berkata, ujian mendapatkan lesen motosikal yang dilakukan pada SKSJ lebih mudah berbanding ujian di sekolah memandu biasa.

“Semua ciri keselamatan itu memang ada dan perlu dilakukan, cuma saya rasa ujiannya tidak seperti di sekolah memandu kerana banyak prosedur perlu diselesaikan terlebih dahulu.

 

Sumber: Utusan Malaysia, 1 Januari 2012.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: